LAGI KISAH CINTA KONONNYA

Monday, February 17, 2014

Assalamualaikum..


Salam pagi Isnin. Ada cerita sikit Ana nak kongsi ngan korang semua, sebenarnya nak update dah entry ni dua hari lepas, tapi busy sangat...ni yang terlambat sikit. Cerita dia macam ni....




Petang tu Ana keluar pergi beli barang.  Ana ingat nak keluar pi dekat2 jea. Tapi malam tu kedai berdekatan tutup plak. Jadi Ana ambil keputusan pi keluar kat Tesco Kinta City, ipoh larh ni. On the way tu...Ana perhatikan banyak betul kereta yang keluar malam ni. Luar biasa malam ni..huhu.
Ana tanya adik, apesal banyak no kete ni?? Adik lagi larh blur, tak tahu apa-apa. Jemm giler, nak sampai Tesco, punye larh sesak...hahaha. Pastu dekat nak sampai tepi Tesco tu, Ana nampak ada Chinese jual bunga2. Ada yang dah packed siap2, ada yang still dalam baldi. Mak aii, banyak no bunga ni nak buat per?? Nak kata Indian nak buat sembahyang dorang, macam tak lojik jea sebab Chinese yang jual. On the way nak balik tu, ada yang main bunga api, dah macam nak sambut raya pulak.

Dah balik rumah tu..barulah tau, rupanya malam tu orang sambut valentine. Adik tanye....ramai ke kak kat luar, tua ke muda? hahaha. Soalan tak boleh blah. Ana cakap larh kat adik...ape lak tak ada. Muda ada, tua pun ada. Kena plak dekat Tesco tu...ada banyak pusat hiburan...tu yang sesak tu. Adik buat muka hairan...tua pun sambut gak ke? Ana balas balik, abis...ingat tua2 tak ada kekasih..huhuhu.

Balik tu tanye ngan mak...Imbas kembali tahun 1991...Masa tu mak Ana kerja bank kat Kuala Lumpur. Mak Ana cakap masa tu orang Islam ni masih sambut budaya valentine ni. Kalau yang kerja kat office2 tu siap bawa baju salin. Habis jea office terus pergi kuar ngan bf dorang. Nak salahkan dorang tak boleh gak sebab masa tu pendedahan kurang macam sekarang, Setengah tu tak tahu pun valentine tu haram disambut kan. Bau perfume jangan kiralah...boleh tersumbat hidung ni, dah macam bau kedai perfume..hahaha.

Mak Ana cakap masa tu, dia tak keluar2 macam ni memandangkan mak Ana tak ada bf..hahaha. Kesian kan!! Mak Ana ni jenis pemalu...so, kalau ada yang cuba2 tu, dia buat relex jea. Sampailah satu ketika, nenek Ana bagi tahu ada yang merisik. So kahwin larh. Tak payah bercinta, malah tak kenal pun... Orang kata bercinta selepas kahwin camtu. Alhamdulillah..sampai sekarang kekal bahagia. Lepas kahwin tu, kawan Mak Ana cakap, ada yang frust giler bila dapat tahu mak Ana kahwin...hahaha. Uolls just imagine..dua tiga orang gak yang frust. Rupa2nya dorang segan nak terus terang ngan mak Ana. Nasib arr, ayah Ana yang dapat dulu...kihkih.

Korang pulak camane?? Sambut ke tidak. Dah diberitahu haram disambut, jadi tak usahlah dicuba2 kan.

Semoga bermanfaat.
Sumber: Mak Ana.


You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe