CINTA ITU MAHAL

Friday, February 14, 2014

Assalamualaikum...salam pagi Jumaat.




Cinta tu mahal, kerana hati cuma 1. Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah swt kirimkan untuk kita.

Wife: "Abang pilih saya sebab rupa ke ? Kecantikan tak kekal abang.."

Husband: "Betul kecantikan tak kekal. Tapi dalam mata dan hati abang, awak kekal cantik sampai bila-bila^^"

Cantik tu terlihat bila hati kita dah berkenan padanya. Biarpun dia taklah cantik di pandangan orang lain.

Indahnya Cinta Kepada Allah

Cinta kepada Allah itu indah, bahkan itulah keindahan yang paling diinginkan oleh hati dan jiwa manusia. Lebih dari itu, hati manusia tidak mungkin merasa bahagia, tenang dan damai jika hati itu tidak mengenal, mencintai dan menghambakan diri kepada Allah semata.

Cinta menuntut pengorbanan yang lebih besar iaitu Cinta kepada ALLAH SWT


Ujian berupa cinta yang kemudian menjadi hijab antara kita dengan Allah sesungguhnya merupakan tanda bahawa Allah sedang cemburu dengan hamba-Nya. Cara agar kita lulus dari ujian ini adalah dengan bertaubat dan kembali menata niat dan orientasi terhadap cinta yang kita miliki dengan meletakkan Allah SWT sebagai yang pertama dan nombor satu di dalam tujuan dan orientasi cinta kita.

Cinta itu ketika niatnya lurus dan prosesnya benar, Insya Allah akan berbunga keberkatan dan berbuah syurga kelak. Semoga kita semua menjadi orang-orang yang mampu meletakkan cinta kepada Allah di atas cinta terhadap dunia. Dan tentu saja kita semua ingin kembali ke sisi Allah SWT, kerana di sanalah berada syurga tempat terbaik untuk manusia kembali pada-Nya.

(Ya Allah) aku memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, kecintaan kepada orang-orang yang mencintai-Mu dan kecintaan kepada amal perbuatan yang mendekatkan diriku kepada kecintaan kepada-Mu”[46].

وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين


Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe