RESEPI KUEY TEOW KUNGFU

Saturday, August 20, 2016

Assalamualaikum & salam sejahtera.



RESEPI KUEY TEOW KUNGFU


Dah agak lama tak menjenguk blog kesayangan ini. Maaf yer kawan-kawan! Hari ni terasa macam nak masak kat sinila pulak... hahaha

Di hari cuti hujung minggu, apa kata kita cuba resepi yang jarang kita masak nak?

Yess! Kuey Teow Kungfu!

Malam ni rasa taknak makan nasi, jadi Ana masak kuey teow pulak. Lapar... lapar... lapar... jom cepat...!


 Sambil tengok tv kita makan


STEP PERTAMA - PENYEDIAAN KUEY TEOW

Kuey teow
Telur

Ambil sejemput kuey teow untuk seorang makan. Kemudian gaul dengan sebiji telur, bubuh sedikit garam, lada sulah (sebagai perisa) dan tambah secubit tepung jagung jika nak garing. Kemudian pukul-pukul manja campuran tadi dan goreng dalam kuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak. Tunggu sehingga garing kedua-dua bahagian. Angkat, masukkan dalam pinggan dan ketepikan.


Inilah rupa kuey teow selepas digoreng dengan telur


STEP KEDUA - PENYEDIAAN KUAH

Ayam
Udang
Sotong

Carot
Jagung kecil
Bunga kobis / brokoli
Sawi / baby kailan
& Sayuran lain jika suka

* Banyak sayuran tu biar padan dengan dua orang makan tau, jangan memandai letak satu guni pula yer...

Cili padi - ikut suka pedas (diketuk)
Bawang putih - 2 ulas (diketuk)
Bawang besar - 1 biji (dihiris)
 
Serbuk lada hitam - sedikit
Serbuk lada sulah - lebih pun tak apa
Sos tiram - 2 sudu makan
Kiub ayam knorr - seketul

Tepung jagung - 2 sudu makan
Minyak masak - sedikit
Garam - sedikit
Gula - ikut suka nak letak ke tak


Cara Memasak:

Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi sehingga naik bau, kemudian masukkan udang, sotong dan ayam. Selepas itu masukkan kiub ayam dan tuang air (anggaran untuk dua pinggan, jangan lebih, karang banjir pulak).

Kemudian masukkan semua sayuran kecuali sawi. Renehkan sebentar biar sayur agak lembut sedikit.

Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram dan lada sulah. Jangan lupa masukkan garam dan gula.

Tepung jagung bancuh dengan sedikit air dan masukkan dalam kuah tadi, masak hingga mendidih. Terakhir masukkan sawi biar layu sedikit jangan sampai lembik okey. Orite... finish... tutup api dapur tu!

Sendukkan kuah dan tuangkan dalam pinggan yang berisi kuey teow telur tadi.



*  Ana suka letak sayur banyak-banyak, jadi korang tak payahlah ikut. Sama jugak dengan seafood tu yer. Tak suka jangan bubuh, tiada unsur paksaan di sini.

* Peringatan - Semua benda dalam ni mesti dicuci bersih sebelum dimasak termasuk kuali dan sewaktu dengannya. Ada faham acii, tangecii, minachii?? Aiyoo... takkan itu pun kena bagi tau, masaklah... hahaha

*  Selamat mencuba resepi mudah ini.

You Might Also Like

5 comments

  1. Oh senang jer rupanya....thank share resepi..nanti akak nak cuba la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang jer kak,janji kenyang...lagipun sendiri yang makan kan...hehehe

      Delete
  2. Wahh bestnya... saya mmg peminat kuey teow.. yg kungfu ke, silat ke, semua saya belasah hehee.. nice sharing :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. belasah jer kan bro Khir! sedap tak sedap tu citer lain kan... hehehe

      Delete
  3. Lucky Club: The Official Online Casino of Lucky
    Lucky Club is a brand new casino site launched in 2016. It combines a high-quality, world-class casino experience and a world-class luckyclub

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe