Resepi Nasi Lemak

Friday, February 12, 2016

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Hilang emak hilang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan...

Bunga Melati terapung-apung,
Bunga Rampai di dalam puan,
Rindu hati tidak tertanggung,
Bilakah dapat berjumpa tuan?



Jom kita semak sejarah nasi lemak:


Nasi lemak merupakan makanan tradisional Melayu yang berasal dari Semenanjung Malaysia sejak zaman berzaman. Sehingga kini, Nasi Lemak begitu popular dan dijadikan makanan harian tanpa mengira pagi, petang ataupun malam.

Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan yang digunakan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak. So. dari situlah nama Nasi Lemak dikenali hinggalah sekarang. 

Secara tradisional, nasi lemak dihidangkan dalam bungkusan daun pisang. Kemudian dibubuh bahan sampingan seperti hirisan timun, ikan bilis goreng, kacang goreng, telur rebus dan sambal tumis.

Sebagai hidangan yang lebih lengkap, nasi lemak juga boleh ditambah dengan pelbagai lauk pauk lain seperti ayam goreng, sambal sotong, sambal kerang, sayur kangkung, acar, rendang daging, rendang ayam atau paru lembu goreng.


Ana suka makan dengan ikan masin


Resepi Nasi Lemak


Bahan-bahan Sambal untuk 5-6 orang:

12 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
20 tangkai cili kering - dikisar
2 cawan air
1 sudu gula
Sedikit belacan - optional
Sedikit asam jawa
Semangkuk kecil ikan bilis
Sedikit ikan bilis - dikisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak


Bahan-bahan Nasi:

3 cawan beras
3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
4 hirisan halia
2 ulas bawang putih
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Kulit kayu manis & bunga lawang - optional


Cara-cara Memasak:

Untuk sambal, masukkan 2 hingga 4 sudu minyak masak ke dalam kuali. 
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan kacau rata. Tumis selama 5-10 minit.
Masukkan air, gula, belacan, asam jawa dan ikan bilis. 
Masak sehingga agak pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, garam, halia, bawang putih dan daun 
pandan yang disimpul.
Tambah Kulit kayu manis & bunga lawang jika suka. 
Masak dalam rice cooker.

Sedia dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun.




Selamat mencuba.


You Might Also Like

1 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe