RESEPI NASI GORENG - SARAPAN PAGI
Friday, January 22, 2016
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Ramai yang suka sarapan yang berat kerana lebih kenyang dan boleh bertahan sampai ke petang. Selalu sangat makan nasi lemak pun tidak elok. Jadi apa kata kita ganti menu sarapan kita pagi ini dengan nasi goreng. Jom buka periuk dan cari nasi sejuk.
Oh... sebelum terlupa Ana nak ucapkan "Salam Pagi Jumaat semua...!!"
NASI GORENG BIASA
Bahan-Bahannya:
1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan - dipotong 1 inci
Sedikit sayur campur
2 biji telur
2 tangkai cili kering - dipotong 1 inci
1 sudu makan kicap
Sedikit sos tiram
Sedikit sos tiram
Bahan tumbuk:
3 biji cili masak
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 sudu makan ikan bilis
Sedikit belacan - optional
Cara Memasak:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kering potong.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga agak layu.
Masukkan nasi sejuk. Gaul rata. Masukkan kicap dan sos tiram.
Kaupkan nasi ke sebelah kuali. Pecahkan telur di sebelah lagi kuali.
Kacau telur hingga hancur.
Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata dan sedikit garing.
Tutup api dan hidangkan.
0 comments