Assalamualaikum & salam sejahtera.
Pagi tadi kebetulan Ana mengikut ibu pergi ke pasar. Ada orang menjual anak-anak pokok bunga ros. Ana dan ibu berkenan sebab cantik sangat, jadi ibu Ana beli 4 beg anak-anak pokok bunga ros. Ibu Ana bercadang nak tanam dalam pasu dan Ana turut membantu.
Tanah hitam dan baja dah ada... jadi apa lagi aktiviti di hari cuti ni...
Semestinya berkebun bungalah kami berdua...
Jom kita tengok pokok bunga ros yang dibeli tadi...
Tanah hitam dan baja dah ada... jadi apa lagi aktiviti di hari cuti ni...
Semestinya berkebun bungalah kami berdua...
Jom kita tengok pokok bunga ros yang dibeli tadi...
Menanam di dalam Pasu
Langkah 1
Pertama sekali kenalah ada pasu yang besar sedikit dari anak pokok tadi.
Kedua pilihan tanah hendaklah yang bersesuaian iaitu tanah poros bagi tanaman ros.
Kedua pilihan tanah hendaklah yang bersesuaian iaitu tanah poros bagi tanaman ros.
Langkah 2
Timbunkan tanah ke dalam pasu. Buat macam bukit kecil di tengah pasu.
Taburkan baja Organic Rose dua sudu makan.
Taburkan baja Organic Rose dua sudu makan.
Langkah 3
Keluarkan anak pokok dari plastik dan buang tanah yang melekat pada akar.
Tanam pokok bunga ros di sekeliling tanah yang berbentuk bukit.
Langkah 4
Tambah tanah lagi.
Siram pokok dengan air.
Kami cuma membeli empat beg saja. Ikutkan hati nak beli semua... hehehe
Siram pokok dengan air.
Tips penjagaan:
Air - Siram air 2 kali sehari (siram pada tanah bukan pokok)
Baja - 2 kali seminggu (guna baja untuk ros)
Cantas/pruning: Cantas dahan pokok bagi mendapatkan bunga yang banyak. Setiap kali selepas bunga gugur, dahan pokok hendaklah dicantas lebih kurang 15cm daripada tangkai bunga gugur. Jika ada ranting yang berpenyakit, terus cantas sahaja.
Cahaya - Letak bawah cahaya matahari untuk mengelak pokok black spot.
Antikulat - Sembur organic antikulat apabila terdapat debu putih pada daun pokok.
D.i.y. Antikulat - Campuran 3 teaspoon baking soda, 2 tablespoon minyak kelapa & air. Sembur pada daun yang berpenyakit.
D.i.y. Antikulat - Campuran 3 teaspoon baking soda, 2 tablespoon minyak kelapa & air. Sembur pada daun yang berpenyakit.
Yang ini dijual siap berpasu dan harganya agak mahal sedikit
Kalau korang nak pokok bunga ros hidup subur...
jom kita tengok apa musuh utama pokok ini.
Penyakit yang selalu menyerang pokok bunga ros ialah:
Thrip - Kutu halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk bunga dan perlahan-lahan membantutkan pucuk bunga seakan-akan terbakar, seterusnya perlahan-lahan mati.
Kawalan penyakit - Ia boleh dikawal dengan spray ridsect water base atau berasaskan air seminggu sekali atau sehingga simtom penyakit berkurangan.
Pada peringkat serangan yang serius, pokok bunga ros harus dirawat dengan cara daun bunga dan dahan yang dipangkas terlebih dahulu, dibakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari kawasaan tanaman pokok bunga ros.
Blackspot - Merupakan penyakit yang sering terjadi di musim hujan. Penyakit ini lebih membahaya dari thrip biasanya.
Apabila diserang akan mengakibatkan 50 - 50 hidup dan mati pokok. Ianya merupakan penyakit kulapuk atau kulat. Spora kulat bercambah apabila daun atau batang lembab dan basah.
P/S: Walaupun entri ini tidak begitu lengkap, sekurang-kurangnya Ana berharap ianya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Sumber rujukan: Dari bahan bacaan, blog pertanian dan sumber gambar dari google.