Assalamualaikum & salam sejahtera.
Pagi ni Ana telah mencuba satu resepi dari sekian banyak koleksi resepi yang Ana ada. Ana ada banyak resepi kek pisang tetapi Ana memilih yang ini kerana ianya mudah disediakan dan tidak merumitkan.
Kalau korang nak tahu, kek ni boleh saja dikukus atau dibakar. Ana lebih memilih kukus dari membakar. Selain lebih sedap, ianya juga jarang meragam. Rumah Ana ni takde oven... hehehe, jadi kita kukus jer laa erk...
Jom kita lihat bahan-bahannya.
RESEPI KEK PISANG KUKUS
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* ayak bersama
4 biji pisang berangan - dileyek
3/4 cawan minyak masak
4 biji telur size A
1 cawan gula atau 3/4 cawan gula (ikut suka)
1 sudu teh esen pisang
Cara Memasak :
Masukkan telur, gula dan minyak ke dalam blender
Pastu blender kesemuanya hingga hancur
Masukan tepung sedikit demi sedikit dan blend semula
Terakhir, masukkan esen pisang dan pisang lenyek
Diblend hingga sebati
Sapu acuan dengan sedikit minyak dan kukus selama 40minit
Biarkan sejuk, baru dihidangkan
Tips memasak: Balut penutup kukus dengan tuala nipis supaya air kukus tidak jatuh atas kek
Selamat mencuba...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Menyaksikan kemasukan CPUV-CPUV baru dari Nuffnang pada awal bulan Disember. Sehingga 11 Disember, ada empat CPUV baru yang masuk di blog Ana. Alhamdulillah, thanks Nuffnang.
Sehingga berjumpa lagi.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Kredit gambar google
Bila rasa ini datang pada waktu yang salah maafkanlah aku. Bila aku harus mencintaimu di saat dan dalam keadaan yang tak tepat maafkan lah aku. Lorong-lorong bahagia sentiasa dirintangi halangan. Jangan mudah goyah, teruskan melangkah...
Kredit gambar google
Jika berpaling dari cahaya, hanya akan kelihatan kegelapan ...
Kredit gambar google
Jika berpaling dari cahaya, hanya akan kelihatan kegelapan ...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Bahan-bahan :
3 ekor ikan Cencaru sederhana besar - dibelah belakang
1/2 biji kelapa parut
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Bahan Tumbuk:
3 batang serai
6 ulas bawang kecil
8 biji cili padi
3 biji cili merah
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit belacan
Garam dan gula
Perahan limau nipis
Cara-cara :
Campur bahan tumbuk dengan kelapa parut dan daun kunyit, Gaul rata kesemuanya. Masukkan dalam kuali tanpa minyak dan masak sebentar sambil dikacau sehingga sedikit kering. Rasa garam dan gula secukupnya.
Seterusnya...
Ikan di lumur garam dan kunyit. Kemudian sumbat inti kelapa dan boleh lah dibakar atau digoreng.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya... HARI INI DALAM SEJARAH... buat pertama kalinya, Ana mengcash out earning akaun Nuffnang. Fuhh!! hahaha... macamlah banyak sangatkan, tapi bolehlah kalau nak menshopping sales di penghujung tahun ini.
Kalau nak shopping sekarang rasanya macam tak sempat jer... huhuhu...
Kenalah tunggu sales lain kali pulak. Aduhh!! lama lagi kot nak dapat. Takper lah kita bersabo jerlah dulu erk... hihihi...
Walaubagaimanapun terima kasih kepada Nuffnang dan korang yang tak jemu-jemu bagi sokongan pada blog Ana yang tak seberapa ini. Thanks tau korang...
Ini adalah CPUV-CPUV yang diterima dari Nuffnang sepanjang minggu terakhir bulan November.