CERITA SEMALAM

Saturday, May 30, 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera.



Sudah pagi rupanya, tertidur lagi Ana setelah bersama rakan berstudi grup sampai pagi. Yang tu kononlah berstudi... hehehe...

Boleh percaya ke? Terpulanglah, nak percaya boleh, tak percaya pun takpe...
Tapi tolong maafkan saja pagi ni punya entri agak panjang sikit, harap korang bersabarlah yea bila baca...



Makan malam tadi punya ni, baru pagi ni nak buang kotak-kotak... maklumlah studi... hihihi


Malam tadi kann, dah boring menunggu, akhirnya terlelap...




Pejamkan mata...

Bersunyi menemuimu...

Di perbatasan hening...

Antara ada namun tiada...

Antara tiada namun ada...

Kau pasti mengerti alasanku menepi...

Menikmati senyap...

Indahnya adamu kurasakan...

Ini caraku sederhana...

Menemuimu bila saja...





Ana teringat kata-kata ni waktu terbaca satu petikan luahan rasa, lebih kurang jer bunyinya. Macam motivate jugaklah kat Ana ni...



Apa sebenar-benarnya yang kau ada dekat dunia ni?


Takde apa.


Hatta,


Tubuh badan kau tu,


Allah bagi pinjam.


Terserah kau,


Nak gunakan pinjaman tu,


Untuk bekal di akhirat,


Atau,


Untuk keseronokan dunia.


Takde siapa halang.


Cuba tengok apa yang kau genggam dalam tangan kau.


Adakah,


Kau genggam akhirat?


Atau,


kau genggam dunia?


” Jangan kau menilai dari rupa ”


” Kerana semuanya milik Dia ”


Tak semua Allah cipta,


Kacak bergaya,


Cantik memikat jiwa.


Tak.


Sebab,


Aku pernah jumpa lelaki yang tidak dikategorikan kacak,


Tapi cantik akhlaknya,


Aku pernah jumpa wanita yang tidak dikategorikan cantik,


Tapi sopan santun perwatakannya .


Percayalah,


Allah sebaik-baik perancang.


” Hati ini akan ku jaga ”


” Kerana ku hanya manusia ”


Hati kena jaga.


Sebab apa?


Segala tingkah laku kau,


Mencerminkan keadaan hati kau.


Takkan hati yang suci lagi bersih,


Keluarkan kata-kata kesat?


Takkan hati yang suci lagi bersih,


Pandang benda-benda haram?


Takkan hati yang suci lagi bersih,


Pergi tempat-tempat maksiat ?


Tak.


Sebab kau manusia biasalah kau kena jaga hati.


Sebab iman manusia sentiasa naik turun.


Sebab tu manusia selalu buat salah.


Sebab tu manusia selalu bergaduh.


Sebab tu sekarang banyak berlaku peperangan.


Sebab tu sekarang dunia tak aman.


” Nak dunia kita aman tak? ”


” Mesti lah nak ”


” Kalau nak, jaga hati ”



Aishhh!!... penat tak baca?? Okeylah stop dulu... kbyeeee...

You Might Also Like

2 comments

  1. akak pun pernah study sampai ke pagi...masa tu nak exam SPM ...tapi nasib baik esoknyer cuti..kalau tak tidur dlm dewan exam la jawabnya...

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe