BAHAYA RINDU (UNTUK 18 TAHUN DAN KE ATAS SAHAJA)

Friday, March 13, 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera.



"Ketika bersendirian....Rindu bertandang lagi...
Aku terseksa meniti hari tanpamu...
Semakin hari rindu ini semakin buat aku berduka..."
Wah...wah... bukan main kata-katanya... hahaha

Hahaha...yang ni budak-budak tak sesuwaii baca...
Biar hakak-hakak dan abang-abang yang baca sudahhh... 

Dengarkan seterusnya, kita sambung kat bawah, teruskan membaca...


RINDU DAN AKIBATNYA:


Manusia selalu dikaitkan dengan cinta. Sementara kecintaan memberikan pula rasa kerinduan. Orang yang mencintai akan sentiasa rindu kepada orang yang dicintainya.
RINDU pula adalah ungkapan perasaan yang timbul di dalam hati, memberi pengertian iaitu keinginan untuk bertemu, untuk melihat, untuk mendengar, untuk merasa kepada objek tertentu, kepada yang didamba dan yang dipuja.

1. Tekanan Jiwa

Jelas sekali bahawa jiwa akan tertekan dan tersiksa lantaran rindu yang tidak kesampaian kepada orang yang dirindukan. Betapa sangat sayangnya kita kepada orang yang meninggalkan kita, sehingga rindu seakan menghancurkan hati kita. Oleh kerana rindu berhubung kait dengan jiwa, maka rindu yang berlebihan akan mengakibatkan hati dan jiwa tertekan.

2. Depresi

Depresi juga adalah disebabkan oleh rindu yang berlebihan setelah ditinggalkan orang yang dikasihinya dan orang tersebut merupakan orang terpenting atau sangat rapat. Juga seseorang yang kehilangan teman rapat seperti suami, isteri, anak atau kekasihnya yang meninggalkannya dengan sebab yang tak ia sangka-sangka seperti kemalangan, kecelakaan dan lain-lain. Kerinduan seperti inilah akan membuat seseorang depresi.

3. Nekat

Nekat adalah memberanikan diri melakukan sesuatu yang besar akibat dan kesannya. Orang yang seperti ini biasanya merindui kekasihnya kerana sudah berjanji sehidup semati tetapi malangnya,  kekasihnya meninggal dunia dahulu. Ia nekat untuk mengikuti jejak kekasihnya dengan cara yang salah.

Kerinduan itu memang membahayakan jika rindunya sangat berlebihan. Rindu yang berlebihan akibat dari cinta yang berlebihan, cinta yang berlebihan sebenarnya bukanlah sebuah cinta, namun sebuah emosi yang tak terkendali.


Menurut Ibnu Qayyim, rindu boleh merangkak naik ke level syirik bila memfokuskan kecintaan dan kerinduan kepada pasangan melebihi tunduk dan cinta kepada Allah SWT. “Kondisi yang demikian merupakan fitnah yang besar,” 


Nabi SAW. bersabda,

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

“Wahai para pemuda, barangsiapa yang memiliki baa-ah[2], maka menikahlah. Kerana itu lebih akan menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Barangsiapa yang belum mampu, maka berpuasalah kerana puasa itu bagai ubat pengekang baginya.”[3]




"Biar pun kau jauh di sana..
Kau tetap ku kenang dalam doaku..
Tidak akan ada sedikit lengah..
Hanya kau ku abadikan dalam hati..
Kau saja pujaan jiwa..
Ku sematkan cinta di sanubari mu.."


P/S: Bisikkan sekelumit doa agar...
Tuhan...jagakan dia...

#Nasihat daripada orang bujang yang belum kahwin...
#Semoga boleh diterima pakai... hihihi...


You Might Also Like

4 comments

  1. Salam, awak sponsor kontes hijab itu bukan? Leaving my traces here :)

    Already follow you!do visit!

    izzahazryna.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, alhamdulillah... mekasih Izzah :)

      Delete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe