KHASIAT MADU DAN GAMAT

Monday, November 04, 2013



Kebaikan Madu Dan Gamat






Untuk mengekalkan tahap kesihatan, pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah penting dalam setiap sajian. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang kita boleh ambil. Salah satu sebagai makanan tambahan yang mampu memberikan zat dan nutrien yang tidak terdapat dalam makanan utama. Tiga makanan berikut adalah makanan diperakui sebagai makanan yang bukan sahaja memberikan khasiat tambahan, malah boleh membantu memulihkan pelbagai masalah kesihatan.

Khazanah dari dalam laut: Gamat

Gamat adalah sejenis haiwan laut yang bernilai tinggi. Ia berbentuk seperti sosej, kulit yang keras dan memanjang. Khasiat gamat telah diperakui sejak sekian lama untuk menyembuhkan luka dan sebagai ubat penahan sakit semula jadi.

Kajian daripada penyelidik tempatan dan luar mendapati bahawa gamat mengandungi kandungan protein, karbohidrat, zat galian dan asid lemak yang tinggi. Ia juga mengandungi pelbagai asid lemak omega-3, dan vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi.

Salah satu elemen penting di dalam gamat adalah kandungan kolagennya yang tinggi iaitu sebanyak 92 peratus. Dengan komposisi yang banyak ini, ia mampu memerangi kesan penuaan, kemerosotan prestasi sel di dalam badan manusia malah mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru yang telah rosak.

Gamat juga baik dikatakan untuk meredakan sakit sendi, mengurangkan ketegangan otot dan mengurangkan bengkak akibat digigit serangga. Kolagen daripada gamat juga membantu meningkatkan kadar kolagen asli di dalam badan dan seterusnya menganjalkan kulit supaya menjadi awet muda.


Penawar daripada madu


Madu adalah salah satu bahan makanan yang mempunyai sifat penyembuh semula jadi. Ia sudah dikenali sejak zaman dahulu sebagai salah satu sumber makanan yang baik untuk kecantikan dan kesihatan dalaman.

Dalam perubatan Islam, madu sering digunakan sebagai ubat untuk membantu meringankan sakit seperti membersihkan kotoran di dalam usus, menormalkan kelembapan tubuh badan, mancairkan kahak dan menguatkan sistem pertahanan tubuh.

Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.

Madu turut mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah. Madu berperanan sebagai anti oksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. Kajian terkini membuktikan, kandungan madu lebah yang terdiri daripada bahan semula jadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos ini mampu meningkatkan stamina.

Madu boleh diamalkan dalam diet seharian kerana madu sesuai dijadikan pengganti gula sekaligus dapat menjaga kesihatan badan. Selain itu, amalan minum air madu hangat selepas makan boleh membantu melancarkan pencernaan serta meningkatkan metabolism tubuh.

Dari segi kecantikan, madu sebenarnya telah lama digunakan untuk mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.


Sumber: Blog Kesihatan Pemakanan.



Posted by: Ana Solehahdunia Ilhamku ~ 4 November 2013, 12:00pm.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe