ERTI PERKAHWINAN

Sunday, June 09, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera.


ERTI PERKAHWINAN





"Semakin menginjak usia sebuah perkahwinan, cinta yang wujud saat hari pertama akad nikahnya, takkan pernah pudar. Ya, cinta yang itu tidak pernah pudar. Cuma ianya berubah menjadi cinta dalam bentuk yang lain, tanggungjawab itu cinta, kehormatan itu cinta, pengorbanan juga cinta, toleransi, segalanya adalah cinta. Kerana itu, ada orang ibaratkan cinta itu seperti air. Air berubah mengikut bekas yang diisinya, air berubah menjadi lain warna lain rasa, namun hakikatnya air tetap air. Begitulah cinta dalam sebuah perkahwinan. Cinta itu tidak pudar, cuma cinta itu hadir dalam bentuk yang lain. Kerana hakikatnya, cinta itu tetap cinta."





Firman Allah SWT:



Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu. (Surah al-Nuur: 32)


Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (Surah al-Furqaan: 74)


Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya. (Surah al-Baqarah: 232)



Dalil daripada hadis-hadis pula:



Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu. (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a)


Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat. (Hadis yang disepakati )



Para sahabat turut menekan, Saidina Umar al-Khatab r.a pernah berkata: 


"Tiada yang menghalang perkahwinan itu kecuali oleh orang yang lemah dan yang membuat maksiat."


Saidina Abbas r.a. berkata:
"Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe