KEK PISANG KUKUS
Thursday, December 17, 2015
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Pagi ni Ana telah mencuba satu resepi dari sekian banyak koleksi resepi yang Ana ada. Ana ada banyak resepi kek pisang tetapi Ana memilih yang ini kerana ianya mudah disediakan dan tidak merumitkan.
Kalau korang nak tahu, kek ni boleh saja dikukus atau dibakar. Ana lebih memilih kukus dari membakar. Selain lebih sedap, ianya juga jarang meragam. Rumah Ana ni takde oven... hehehe, jadi kita kukus jer laa erk...
Jom kita lihat bahan-bahannya.
RESEPI KEK PISANG KUKUS
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* ayak bersama
4 biji pisang berangan - dileyek
3/4 cawan minyak masak
4 biji telur size A
1 cawan gula atau 3/4 cawan gula (ikut suka)
1 sudu teh esen pisang
Cara Memasak :
Masukkan telur, gula dan minyak ke dalam blender
Pastu blender kesemuanya hingga hancur
Masukan tepung sedikit demi sedikit dan blend semula
Terakhir, masukkan esen pisang dan pisang lenyek
Diblend hingga sebati
Sapu acuan dengan sedikit minyak dan kukus selama 40minit
Biarkan sejuk, baru dihidangkan
Tips memasak: Balut penutup kukus dengan tuala nipis supaya air kukus tidak jatuh atas kek
Selamat mencuba...
1 comments
o... boleh buat kek pisang kukus yer... umh akak pun takde oven sis... sama la... nice idea akak mmg suka kek pisang ni... terima kasih.... salam kenal dan salam thn baru
ReplyDelete