RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA
Tuesday, December 01, 2015
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Bahan-bahan :
3 ekor ikan Cencaru sederhana besar - dibelah belakang
1/2 biji kelapa parut
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Bahan Tumbuk:
3 batang serai
6 ulas bawang kecil
8 biji cili padi
3 biji cili merah
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit belacan
Garam dan gula
Perahan limau nipis
Cara-cara :
Campur bahan tumbuk dengan kelapa parut dan daun kunyit, Gaul rata kesemuanya. Masukkan dalam kuali tanpa minyak dan masak sebentar sambil dikacau sehingga sedikit kering. Rasa garam dan gula secukupnya.
Seterusnya...
Ikan di lumur garam dan kunyit. Kemudian sumbat inti kelapa dan boleh lah dibakar atau digoreng.
7 comments
senang aje rupanya....nak cuba buat la...
ReplyDeletesenang aje amanda, cuma hati2 masa menyumbat kelapa tu... hihi
DeleteLama tak makan resepi nih.. Cicah air asam sedap kan..
ReplyDeleteboleh aje sis maria, lagi berselera adalah... hahaha
DeleteSedap,, bole try untuk mkn tengah hari esok
ReplyDeleteboleh, sila-silalah try...
DeleteSaya mitak nk bt ikt resepi ni tq
ReplyDelete