MENU LUNCH - ASAM PEDAS UNTUK DIA!

Monday, March 23, 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Hari ni Ana tak ke mana-mana. Jadi Ana bercadang nak masak asam pedas untuk dia... opps!! Hahaha... betul-betul fofular sekarang asam pedas errk...

Jom apalagi ditunggu, jom cekidot bahan apa aje yang ada di dapur Ana ni jomm...


Resepi Asam Pedas Untuk Dia



2 kuntum bunga kantan, dua biji buah tomato, daun kesum dan kacang bendi.


Bahan kisar iaitu cili kering anggaran pedas, 6 biji cili padi, 6 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih & sedikit belacan.


Ikan kembung ( ikan boleh ganti lain).


Semangkuk air asam jawa.


Panaskan 1 senduk minyak dalam periuk, tumis bahan kisar, daun kesum hingga sedikit garing.


Masukkan air asam jawa, bunga kantan dan lebihan daun kesum. Kacau sebentar dan masukkan pula buah tomato. Tambah air ikut masing-masing.


Apabila kuah dah mendidih,masukkan ikan dan kacang bendi. Terakhir masukkan gula dan sedikit garam. Bila kacang bendi dah lembut, boleh tutup api.

Hari ni Ana makan asam pedas, kangkung goreng ( kangkung lagi... huhuhu), telur dadar dan ikan masin goreng. Best tak korang?

Ucapan: Jom kita lunch... jemput makan!!

You Might Also Like

5 comments

  1. Mesti En Ziyad suka kan.

    ReplyDelete
  2. wah tak tau pulak masak asam pedas ni sng je. hehe. *malu* boleh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang and sedapp Mialia... mesti cuba tau :)

      Delete
  3. wah,asam pedas :-)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe