BERJANJI MESTILAH DITEPATI

Wednesday, March 25, 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Senang jer kalau nak jadi orang yang lupa janji.
Mungkir janji...
Buat- buat lupa janji


“Ada tiga hal siapa yang berada di dalamnya maka dia adalah orang munafik meskipun dia solat, berpuasa, menunaikan haji dan berkata bahawa dirinya adalah seorang muslim.

Tiga hal tersebut adalah apabila berbicara dia berbohong, apabila berjanji dia mengingkari dan apabila diberi amanat dia berkhianat.”

Berjanji itu mesti ditepati dan melanggar janji berarti berdosa. Bukan sekadar berdosa kepada orang yang kita janjikan tetapi juga kepada Allah.

Allah SWT telah memerintahkan kepada setiap muslim untuk melaksanakan janji-janji yang telah diucapkan.

وَأَوْفُواْ بِعَهْدِ اللّهِ إِذَا عَاهَدتُّمْ وَلاَ تَنقُضُواْ الأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلاً إِنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu...!


Wallahu'alam...
Sekadar peringatan kepada diri sendiri.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe