SEPASANG KASUT
Friday, January 09, 2015
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Teringat kata-kata ni...
"Give a girl the right shoes, and she can conquer the world".
Saudara terbaik bagaikan sepasang kasut, walau bentuknya sama tapi tak pernah serupa. Saat berjalan tak pernah berdampingan tapi tujuannya sama. Saling melengkapi tapi tak pernah berganti posisi. Selalu sedarjat, tak ada yang lebih mulia. Bila yang satu hilang, maka yang satu lagi tidak memiliki arti.
Kasut yang Ana beli semalam... cantekk takk??
“Tidak ada nikmat kebaikan yang Allah berikan setelah Islam selain saudara yang soleh/ solehah. Jika kalian merasakan kecintaan dari saudaranya, peganglah kuat-kuat persaudaraan dengannya.” (Umar bin Khathab)
Kisah Kotak Kasut
Henry dan Martha telah berkahwin lebih daripada 40 tahun. Sudah tentu, mereka sudah tua sekarang. Henry berusia 72 tahun dan Marta 68 tahun. Di dalam kehidupan seharian, mereka tidak pernah menyimpan rahsia. Kecuali sebuah kotak kasut di kedai Marta yang disimpan di dalam sebuah almari pakaian.
Marta melarang Henry membuka kotak kasut tersebut atau bertanya mengenainya.
Suatu hari Marta sakit. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Henry dan anak-anak mereka untuk
menyembuhkannya. Walau bagaimanapun tidak berjaya. Doktor memberitahu bahawa penyakitnya sukar untuk disembuhkan.
Di tempat tidur, Martha berkata lembut kepada suaminya, "Sila ambilkan saya sebuah kotak kasut dalam almari saya." Henry segera bangun dari tempat duduknya dan mengambil kotak kasut tersebut. Dia kemudian memberikan kepada isterinya. Martha sedar bahawa ini adalah masa yang terbaik untuk membuka kunci rahsia di dalam kotak kasut tersebut.
"Buka." Martha berkata kepada suaminya. Henry perlahan-lahan membuka penutup kotak. Henry melihat ada dua anak patung yang dikait dan timbunan wang bernilai hampir sepuluh juta. Henry kemudian bertanya
apa yang tidak kena dengan dua anak patung tersebut dan wang itu kepada isterinya.
"Sepanjang perkahwinan, nenek saya ada berpesan" Martha memberitahu lagi, "Nenek berpesan bahawa jika saya sedang marah, saya tidak perlu menjerit-jerit kepada awak. Nenek berkata lagi jika suatu hari saya marah pada awak, saya hanya perlu berdiam diri dan mengait patung." Henry terdiam apabila mendengar beliau bercerita. Air mata mula mengalir turun di pipinya.
"Seterusnya, apa kaitannya wang sepuluh juta itu?" Ditanya Henry kepada Martha, "Dari mana kamu mendapatkannya?" Isterinya itu menjawab, "Oh, ia adalah wang hasil dari penjualan anak patung yang pernah saya buat."
0 comments