SAAT TERBENAMNYA MATAHARIKU
Saturday, May 24, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Islam adalah agama cinta.
Dan mukmin tidak merasakan manisnya iman sehingga dia merasakan hangatnya cinta.
Kehangatan cinta kepada Allah, Rasulullah s.a.w, dan cinta kepada insani semata-mata kerana Allah.
Saat anda menikmati keindahan mentari TERBENAM di ufuk BARAT... Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai masa untuk bertaubat dan beramal kerana apabila mentari TERBIT di ufuk BARAT....anda sudah TERLAMBAT....
Jangan ditatap sinar mentari...
Nanti matamu menjadi silau...
Jangan diratap pacar yang pergi...
Nanti jiwamu menjadi kacau...
Siang akan sepi tanpa mentari,
Malam tiada seri tanpa rembulan,
Hidup akan sunyi tanpa teman,
Hati tiada erti tanpa IMAN.
Aku tak banyak mengerti tentang cinta..
Aku tak bisa fahami makna terdalam cinta…
Namun di saat ku ingat dia, semua itu ada..
TERBENAMNYA MATAHARIKU
Dari celah-celah awan yang putih.
Terpancar cahaya yang terang.
Mengintip sang puteri yang jauh di dasar alam.
Untuk mengucapkan satu kata perpisahan.
Kini cahaya mulai redup.
Terbias dalam ranting cinta yang rapuh.
Memerah kerana panasnya membakar seluruh jiwa.
Terbenamnya matahari cintaku.
Terbenamnya matahari kasihku.
Biar berlalu dalam alunan waktu.
Yakin kan datang bulan, sebagai pengganti dalam kehidupan.
Matahariku.
Sudah berlalu dalam dekapku.
Cinta hilang dalam nafasku.
Ku kan pergi,
Agar kau terbenam mati.
Dari celah-celah awan yang putih.
Terpancar cahaya yang terang.
Mengintip sang puteri yang jauh di dasar alam.
Untuk mengucapkan satu kata perpisahan.
Kini cahaya mulai redup.
Terbias dalam ranting cinta yang rapuh.
Memerah kerana panasnya membakar seluruh jiwa.
Terbenamnya matahari cintaku.
Terbenamnya matahari kasihku.
Biar berlalu dalam alunan waktu.
Yakin kan datang bulan, sebagai pengganti dalam kehidupan.
Matahariku.
Sudah berlalu dalam dekapku.
Cinta hilang dalam nafasku.
Ku kan pergi,
Agar kau terbenam mati.
2 comments
salam ukhwah...arigatou...
ReplyDeletenukilan yang sangat puitis dan mendalam tafsirannya..salam ukhuwah
ReplyDelete