SIAPA SEBENARNYA JODOH KITA?

Saturday, April 12, 2014

Assalamualaikum w.b.t...



Apa khabar korang semua? Hari ni ok ke tak ni? Meh nak story sikit malam ni...


selalu tu kita story pasal masakan..
kadang-kadang kita story pasal puisi
malam ni kita story lain pulak..
kita story pasal jodoh pulak lah..
Jom semak ni, mana tau berguna nanti....hihihi
yang ni kita dapat dari bahan bacaan..senang cakap,
kita ni kalau baca tak sah kalau tak share bagi sume orang tau...
orang kata jangan kedekut ilmu kan...


Matlamat sebenar kehidupan adalah untuk mencari cinta dan redha ALLAH azza wajalla.. Ketahuilah wahai hati-hati insan bahawa sesungguhnya dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali. DIALAH PEMILIK CINTA. DIALAH PEMILIK HATI.




Apakah petanda seseorang tu sebenarnya jodoh kita?


Hakikatnya, hanya Allah yang tahu. Tapi Allah juga berikan beberapa petanda untuk panduan kita sebagai hambaNya yang beriman. Di antara tanda2 yang sesorang tu mungkin jodoh kita:


1. Selepas istikharah & berbincang dengan keluarga, hati kita amat yakin yang dialah jodoh kita.

2. Ramai orang di sekitar yang memberikan sokongan & komen positif mengenai hubungan kita ni.

3. Hubungan kita dengan pasangan menyebabkan kita semakin hampir dengan Allah & takut terlibat dengan maksiat.

4. Hati kita semakin mantap & lebih mudah redha & jarang bertengkar.

5. Hubungan kita ni memberi semangat untuk jadi lebih hebat & menaikkan prestasi dalam setiap apa yang kita lakukan.

6. Kita rasa amat selesa & tenteram bila bersamanya. Kita rasa yakin untuk jujur & tak perlu berpura pura untuk menambat hatinya.

7. Terasa amat selesa untuk memberi bantuan tanpa syarat.

8. Mudah utk memaafkan apa juga kesilapan (kecil) yang di lakukan & dapat menerima masa silamnya tanpa prejudis.

9. Wujud persamaan yang signifikan & mendekatkan kita dengannya.

10. Kedua dua keluarga amat selesa & menyayangi pilihan kita tu.

11. Kita jaga amanah & sentiasa berdisiplin dengan pasangan kita tu.

12. Dapat menerima kekurangannya secara tolak ansur & redha.

13. Pasangan bersedia menjadi tukang sorak yang paling setia untuk mendorong kita ke arah kecemerlangan.

14. Sentiasa mengimbangi perangai kita yang berbeza. Contohnya: Satu suka berbual & seorang lagi suka mendengar.

15. Sentiasa berdoa & bertawakkal agar dialah calon pasangan kita yang sebenar.


-->[Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah]<--




10 Petanda Jodoh Dari Allah


1. Bersahaja
Perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal. Dia tampil bersahaja dan spontan, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.


2. Senang Bersama
Tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita walaupun sering bersama. Kita sentiasa tenang dan gembira. Ketiadaannya terasa kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya
Tidak mempersoalkan kisah silam kita. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.


6. Senang Bekerjasama
Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya.


7. Memahami Diri Kita
Dia mestilah memahami diri kita. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Jika dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah.


8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak perlu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita, saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing.


9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya merancang. Kita misalnya akan diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Sembahyang Istikharahlah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, In Shaa Allah dengan izinNya kita akan mendapat petunjuk. Buatlah keputusan sebaiknya. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Semoga bermanfaat.

You Might Also Like

3 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe