KARIPAP PELBAGAI BENTUK DAN SAIZ

Thursday, April 10, 2014

Assalamualaikum..w.b.t.



Petang-petang cenggini, pekena karipap panas & kopi panas memang mengancam. Rajin pulak tetiba buat karipap. Sebenarnya inti dia semalam lagi dah buat bubuh dalam fridge, cuma buat pastri untuk kulit jea tadi dan terus digoreng dan terus ngap...hehehe...


Amboi..tak sabar-sabar adik-adik nak makan karipap buatan kak long err....tak cukup sebiji...sebiji lagi, sedap laa katakan, tengok laa siapa yang buat kan...Ini namanya karipap pelbagai bentuk dan saiz, bukan apa, cuma tak pandai nak kelim-kelim tepi dia tu...maklum laa amatur lagi....hehehe.
Meh laa rasa kuih kita ni...sudi-sudikan...


Cantik tak rupa dia??


Yang ni belum digoreng, simpan dulu dalam fridge...

KARIPAP RANGUP

Bahan:
1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
2 sdb mentega
1 sdt garam
air secukupnya

Cara:
masukkan tepung dlm bekas
panaskan minyak + mentega+ garam
tuangkan minyak tadi ke dlm tepung..gaul rata
bila sebati bubuh air sedikit2 sambil uli hingga jadi doh karipap.. canaikan

KARIPAP KULIT LEMBUT

Bahan:
1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan minyak
1 sdt garam
air secukupnya

Cara2
 masukkan tepung gandum dlm bekas + garam
tuang minyak dlm tepung..ramas2 rata
bila sebati, tuangkan air sikit2..hingga jadi doh karipap dan canaikan..

Inti:
1/2 mangkuk kecil isi ayam yang dihiris nipis
1 biji bawang kuning dicincang halus
4 ulas bawang putih dicincang
3 biji kentang besar - potong dadu
1 batang karot - potong dadu
1 paket kecil serbuk kari daging
garam & gula secukup rasa
minyak utk menumis
daun sup & daun bawang dihiris halus

Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang merah & bawang putih...hingga garing.
Masukkan ayam dan dikacau sekejap.
        Masukkan serbuk kari..dan tambahkan sedikit air..goreng hingga naik minyak.
Masukkan karot dan kentang..bubuh sedikit air, bubuh garam & gula secukupnya.
Biarkan karot & kentang empuk dan kuahnya kering sedikit...
Masukkan daun sup & daun bawang.
Sejukkan.
Mulakan proses mencanai pastri karipap.
Masukkan inti dan dikelimkan tepinya.
Bolehlah digoreng.


Selamat mencuba...

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe