JUS KEDONDONG (AMRAH)

Friday, April 15, 2016

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Petang ni Ana dapat seplastik buah kedondong kawan bagi. Jom tengok apa Ana buat dengan buah ni...


 Inilah dia pokok kedondong yea korang semua!


Info Buah Kedondong


Buah Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar boleh mencecah ketinggian 45 meter dan ukuran garis pusat 90 cm. Kalau korang nak tau, buah kedondong juga dipanggil dengan nama buah Amrah di hilir Perak.


Kaya akan kandungan vitamin C iaitu 30-50 mg dalam 100 gram buah kedondong. Buahnya dapat membantu proses regenerasi kulit dengan cara meningkatkan produksi kolagen yang berperanan penting bagi keanjalan kulit. Selain itu, vitamin C juga bersifat antioksidan yang dapat mencegah radikal bebas.



Jus kedondong



Kalau korang nak tau, Ana lebih suka jadikan buah kedondong ni jus tau... Selain rasanya sedap, hendak pula cuaca yang panas ni lagilah best minum.


Bahan-bahannya:

6 biji buah kedondong
Air masak satu jug kecil.

Blender dua bahan ni sehingga halus.
Lepas tu tapis.

Dah siap tapis masukkan dalam jug tadi dan bubuh gula ikut sukatan sendiri...
tak mau manis-manis sangat yer, takut diabetes pula...

Kacau-kacau, masukkan air batu, pastu minum tengah cuaca panas di bawah pokok jambu batu... hihihi...

Jom cuba buat, best minum petang-petang gini.



Sumber Informasi Gizi Buah Kedondong


Jumlah Kandungan Energi Buah Kedondong Masak = 41 kkal
Jumlah Kandungan Protein Buah Kedondong Masak = 1 gr
Jumlah Kandungan Lemak Buah Kedondong Masak = 0,1 gr
Jumlah Kandungan Karbohidrat Buah Kedondong Masak = 10,3 gr
Jumlah Kandungan Kalsium Buah Kedondong Masak = 15 mg
Jumlah Kandungan Fosfor Buah Kedondong Masak = 22 mg
Jumlah Kandungan Zat Besi Buah Kedondong Masak = 3 mg
Jumlah Kandungan Vitamin A Buah Kedondong Masak = 233 IU
Jumlah Kandungan Vitamin B1 Buah Kedondong Masak = 0,08 mg
Jumlah Kandungan Vitamin C Buah Kedondong Masak = 30 mg


Sumber rujukan: Pembacaan buku.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe