Akuuu...
Aku...
heart emoticon
berserah
berselawat
memuji Tuhan mencipta alam
pada takdir yang telah ditentukan
berserah padamu lebih lena tidurku...
Engkau yang memberi
Engkau juga tempat kembalikan
segala yang engkau telah berikan
tiada yang kekal melainkan Engkau
setiap detik yang ada adalah ujianMU
dalam mengenal diri dan milik yang sebenar
kerana diri ini adalah milikMu...
Sisa nafas yang berbaki
entah pendek entahkah panjang
sempatkah kutunduk mencium sujud
membasuh dosa membilas segala
menitiskan mutiara di bening malam sepertiga waktu...
perjalanan tetap diteruskan
untuk sampai ke destinasi
meski antara kita telah disempurnakan perjalanannya
kita yang tinggal diberikan waktu
mengutip butir-butir amal yang tiada tarikh mansuh
selagi masih bernafas...
Penyair Sepi...
qasehcinta_ana