BAHAYA KEMURUNGAN DAN CARA MENGATASINYA

Friday, February 07, 2014

Assalamualaikum...Salam pagi Jumaat.



Pagi ni Ana nak kongsikan satu tajuk yang jarang orang perbincangkan iaitu KEMURUNGAN. Korang tahu tak apa yang dimaksudkan dengan kemurungan?? Kemurungan adalah masalah gangguan mental atau emosi. Dengan bahasa mudahnya, ia berkaitan dan berpunca dari tekanan atau bebanan yang disebabkan oleh masalah peribadi atau kerja.




















Masalah kemurungan sekiranya tidak ditangani dengan segera, ia bukan saja boleh membahayakan diri pesakit tetapi ahli keluarga dan masyarakat setempat turut terkena tempiasnya.
Kemurungan boleh menyebabkan seseorang mempunyai idea untuk bunuh diri atau merancang melakukan cubaan bunuh diri.

Dalam satu kajian Professor Madya Dr. Marhani Midin menunjukkan bahawa mereka yang berumur antara 16 hingga 24 tahun lebih cenderung untuk bunuh diri atas pelbagai sebab. Laporan menunjukkan pada tahun 2004, kadar kematian adalah antara 9 hingga 12 kes manakala tahun 2012 meningkat ke 13 kes dalam setiap 100,000 orang.

Agak mengejutkan jugak kan laporan yang Ana baca ni. Jadi korang jangan pandang mudah jer yer. Jom semak pula punca2 dan tanda2 kemurungan ni...





Punca Kemurungan

Faktor biologi - bahan kimia dalam otak kita (Serotonin dan Noradrenalin) berada di tahap rendah kerana masalah kewangan, rumahtangga, personaliti, pengalaman negatif semasa kanak-kanak.

Sosial - kesempitan wang, penderaan domestik, ada penyakit yang tidak mampu bekerja.

Psikologi - personaliti yang dibentuk dari kecil dan mengejar kepada kesempurnaan dalam kehidupan.


Tanda-Tanda Kemurungan

Perasan sedih yang berpanjangan sehingga tidak dapat menikmati kegembiraan.

Hilang minat kepada semua aktiviti kehidupan seharian.

Cepat letih.

Hilang selera makan.

Hilang tumpuan.

Masalah tidur iaitu susah nak lena, kerap terjaga atau bangkit terlalu awal.

Hilang harapan.

Sering berfikir untuk bunuh diri.


Kaedah Rawatan

Ubat anti kemurungan tetapi bergantung kepada tahap keseriusan penyakit itu.

Psikologi pendidikan iaitu memberi penerangan tentang penyakit kemurungan yang dihadapinya.

Sokongan psikologi iaitu memberi pengharapan bahawa penyakit kemurungan boleh dirawat atau dikawal.

Mengenal pasti masalah yang mencetuskan kemurungan.

Memastikan mereka menjalani rawatan yang ditetapkan dan memantau perkembangan penyakit kemurungan itu.


Kemurungan berpotensi untuk pulih tetapi ia banyak bergantung sejauh mana komitmen pesakit dalam mematuhi rawatan yang ditentukan oleh doktor atau pakar psikiatri. Peratusan untuk sembuh adalah tinggi walaupun ia sejenis penyakit yang boleh berulang. Selain daripada itu, bersukan dan beriadah bersama kawan-kawan adalah disarankan. Berfikiran waraslah dalam mencari penyelesaian masalah yang dihadapi.


Kembali Kepada Cara Islam

Tokoh psikologi Islam, Imam Al-Ghazali dalam bukunya ada menyebut dua kaedah untuk membina jiwa yang baik iaitu Mujahadah al-nafs (jihad dengan al-nafs) dan Riyadah al-nafs (latihan jiwa).

Mujahadah al-nafs

Berjuang membuang sifat-sifat mudah kecewa, marah, tidak sabar, iri hati, dengki dan lain-lain dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jiwa kita perlu dipandu dengan Al-Quraan dan Sunnah agar keputusan yang diambil tidak memudaratkan diri. Memperbaiki diri atau meletakkannya di atas landasan yang ditetapkan oleh syarak. Merawat penyakit berupa sifat-sifat mazmumah dan kecenderungan-kecenderungan jahat.

Riyadah al-nafs

Riyadah al-nafs merupakan satu latihan jiwa menuju ke arah kebaikan secara beransur-ansur sehingga sampai ke satu tahap di mana sesuatu yang berat serta payah untuk dilakukan pada peringkat awal, akhirnya menjadi mudah dan ringan untuk dilaksanakan.
Usaha yang dipenuhi kesukaran, namun ianya menghasilkan impak yang positif di mana jiwa menjadi benci kepada sifat tercela (mazmumah) serta gigih melaksanakan sifat terpuji pada jangka waktu yang panjang sehingga disebabkan kebiasaan ia menjadi sifat yang mudah baginya.


Semoga bermanfaat.

Sumber rujukan: Bahan bacaan harian dan info islamik.
Sumber gambar: Google.

You Might Also Like

4 comments

  1. Bersenam & bersukan dapat kurangkan stress. Sebab lepas tu badan akan release endorphin yang akan buat kita rasa happy-happy. ^_^

    ReplyDelete
  2. okey gak tu, tp klau masih stress gak...ambil wuduk n solat sunat..

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha gambar Jackie Chan tu betul! Mostly girls mmg mcm tu, mungkin awak saya semua perempuan pun akan rasa mcm tu. Kan kan?

    ReplyDelete
  4. u're rite Beila, let see...nenek masuk kategori mane?? kategori bawah kot...skinny..huhu

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe