TANDA-TANDA PASANGAN MULA SELINGKUH DAN BOSAN TERHADAP ANDA
Saturday, February 14, 2015
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hidup ni ujian... sedih, happy, kecewa, bahagia...
Ni yang Ana nak cerita dekat korang semua.
Korang akan rasa semua ujian hidup tu sebab segala ujian inilah
yang menjadikan hidup korang semakin dewasa.
Inilah yang dinamakan asam garam kehidupan.
Perjalanan hidup memang telah ditakdirkan,
cuma kita kena usaha untuk berubah, usaha untuk maju
dan usaha itu perlu disertakan dengan doa yang berterusan kepada Allah Swt.
Andai Ana silap tolong betulkan yeaa!
Ahhh, memang best ayat ini!... baru sembang dua tiga patah, dah lelap... hahaha
Benarkah lidah tidak bertulang?? Alaaa... biasalah manusia!
Lagipun sama jer saya dengan awak semua, kan?,
kita sama-sama mudah berjanji tapi nak tepatinya?!!... hahaha
Cool aje dah laa... hehehe
Tanda-tanda pasangan yang selingkuh dan mula bosan terhadap anda:
1. Handphone tidak boleh dipegang oleh pasangan. Untuk mengetahui apakah dia selingkuh atau tidak, cuba sesekali anda pinjam handphone dia dengan mendadak, adakah dia akan meminjamkannya atau memberi alasan yang macam-macam. Jika dia jujur, tentunya dia tidak akan takut.
2. Pasangan anda sengaja menghindar. Dia sering sibuk tak kira masa, itu anda perlu dapatkan jawapan.
3. Tanpa sengaja, pasangan anda sering membicarakan orang lain dan membanding-bandingkan anda dengan orang lain.
.
4. Pasangan anda sering tersalah di dalam berbicara dan nampak gugup.
5. Biasanya pasangan anda sering menghubungi anda, tapi akhir-akhir ini jarang berbuat demikian.
6. Pasangan anda sudah mulai malas untuk membicarakan tentang hubungan kalian dan lebih banyak membicarakan hal-hal lain.
7. Dia sengaja membuat kesalahan dan bertujuan agar anda marah.
8. Kalau pasangan anda biasanya tidak pernah kasar, tapi mulai kasar bicara dan tindakannya.
9. Pasangan anda lebih sering hang out dengan teman-temannya daripada dengan anda, padahal biasanya anda sering diajak hang out bersama teman-temannya.
10. Pasangan anda mulai tidak tertarik dengan cerita-cerita anda dan lebih banyak diam.
Ciri-ciri pasangan yang suka selingkuh:
1. Cemburu Berlebihan
Jika pasangan anda cemburu berlebihan, ini tidak berarti bahawa pasangan anda sangat menyayangi anda, dia akan menggunakan rasa cemburu itu sebagai alasan agar kamu putus dengannya.
2. Sering Mungkir Janji
Apakah pasangan anda suka mungkir janji? Misalnya dia berjanji untuk berjumpa tapi tidak datang. Mungkin itu salah satu satu sebab dia selingkuh. Lihat berapa sering dia mungkir janji. Jika anda terus curiga akan menjadikan hubungan anda berakhir.
3. Sering mencari alasan
Setiap pasangan yang cenderung selalu ada alasan saat anda curiga terhadapnya. Cuba anda lihat raut wajahnya dan tatap matanya. Kata orang, mata tidak dapat menipu, betul ke??
4. Penampilan Yang Berlebihan
Pasangan yang suka bergaya berlebihan boleh saja mencari pasangan kedua setelah anda. Contoh, saat anda keluar berdua dengan pasangan anda, pasangan anda begitu prihatin akan penampilannya agar mendapat perhatian dari orang lain. Untuk tujuan apa agaknya yea dia berkelakuan begitu??
5. Suka Cari Masalah
Tidak ada alasan, tiba-tiba minta diputuskan oleh pasangan anda, itu adalah ciri-ciri pasangan yang suka selingkuh. Jika anda pernah melihat orang seperti itu, cepat jauhkan diri anda.
6. Banyak Permintaan Terhadap Anda
Pasangan yang cenderung suka meminta sesuatu dari anda, itu adalah pasangan materialistik, hanya melihat harta saja. Jika harta anda sudah habis, dia pasti akan meninggalkan anda.
7. Tidak Sopan
Apakah pasangan anda sopan terhadap anda? Jika tidak, secepatnya jauhkan diri anda.
8. Susah Di SMS atau Telefon
Yang ini no komen sebab setiap orang pasti punya kekangan masa dan sibuk.
9. Kata-kata palsu
Kata-katanya itulah, yang membuatkan anda terjerumus dalam cinta palsunya. Pasangan anda suka mengeluarkan kata-kata yang menyangkut tentang kesetiaan, misalnya "Sayang... aku berjanji, aku pasti akan setia sampai maut memisahkan kita" Kerana kata-kata seperti itulah digunakan sebagai modal untuk memikat hati anda atau agar anda percaya bahawa dia benar-benar cinta terhadap anda. Sehingga dia memanfaatkan kepercayaan anda untuk berselingkuh.
P/S: Jujurlah antara satu sama lain kerana
di saat kalian berbohong, kalian akan terus berbohong sampai bila-bila.
Life must go on, no turning back!!
Sumber: Bahan bacaan.
2 comments
satu perkongsian yang baik ana, kadang kala dalam perhungungan ni ada pasang-surutnya, ada hambar manisnya..jodoh pertemuan di tangan yang Esa.. :)
ReplyDeleteyea, benar tu anajingga... sama-sama perbaiki diri... :)
Delete