CARA MENCEGAH KANSER
Tuesday, October 22, 2013
Cara Mencegah Kanser
Sudah agak lama juga tidak menjenguk blog ni…baru hari ni
berkesempatan. Sebenarnya baru2 ni saya begitu sibuk menjaga nenek yang sakit.
So, keseronokan berblog ni ditinggalkan buat sementara waktu. Kepada pembaca
semua tolong doakan kesembuhan buat nenek saya.
Berbalik kepada entri ni, ia berkenaan dengan tip2 pemakanan mencegah
kanser. Sebenarnya saya ada terbaca artikel ni kat salah satu blog kesihatan
pemakanan tetapi dah terlupa link blog tu. Cuma saya rasa maklumat ni amat
berguna untuk dikongsikan dengan pembaca memandangkan semakin bertambahnya
penghidap kanser pada masa sekarang. Jadi dengan maklumat ni, sama2lah kita
mendapat manfaatnya. Bagi penulis artikel tu…thanks for the Info yang berguna
ni….
Ini adalah salah satu soalan yang selalu ditanya pesakit
terutama yang telah menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi atau
radioterapi. Mereka telah sihat tetapi tidak mahu kanser datang kembali (cancer
relapse atau cancer recurrence.)
Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyeru prinsip
“mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita
perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres minimum.
Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup
tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres
berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang.
Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.
Justeru, dengan mengambil berat kepada tiga faktor ini,
in shaa Allah kanser dapat dielakkan.
Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat mengelakkan
serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap
kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH
berasid.
Apa itu diet beralkali?
Diet berakali melibatkan pengambilan
minimum makanan seperti daging merah (lembu dan kambing), daging ayam, ikan,
makanan laut, makanan berasaskan susu seperti mentega, keju, ais krim; tepung,
teh, kopi, makanan segera, minuman soda dan gula.
Kebanyakannya adalah makanan asasi dan kesukaan rakyat
Malaysia.
Diet berakali tinggi adalah makanan berunsur sayur-sayuran
dan buah-buahan, biji-bijian, kurma, habatus-sauda, madu, jus buah-buahan, teh
hijau dan makanan berunsur soya seperti tempe dan tau fu faa.
Makanan ini meninggalkan alkaline ash atau persekitaran
tubuh berakali.
Bagaimana diet beralkali pengaruhi sel kanser?
Kajian makmal
membuktikan, sel kanser dalam tabung uji lebih cepat membiak dalam persekitaran
berasid.
Apabila tahap asid dikurangkan, maka didapati ketumbuhan
kanser lebih lambat.
Dengan memilih diet yang menjadikan pH di dalam tubuh
seseorang lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak adalah
berkurang.
Makanan berakali tinggi menghasilkan persekitaran sukar
untuk kanser membiak dan merebak.
Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang
tinggi kandungan oksigen. Apabila kandungan oksigen rendah, ia menggalakkan
pembiakan kanser.
Apabila sel tisu dalam badan mempunyai kandungan alkali
tinggi, ia berupaya menampung kandungan oksigen tinggi berbanding sel tisu
berasid tinggi.
Dengan memastikan kandungan pH alkali di dalam badan tinggi,
ia dapat melindungi sel di dalam badan daripada diserang kanser.
Kesimpulannya, semakin tinggi tahap alkali dalam badan,
semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka semakin
nipis peluang sel kanser membiak.
Adalah digalakkan memakan banyak makanan berasaskan
buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus
buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.
Ini bukan bermakna pesakit kanser tidak boleh mengambil diet
berasid tinggi, tetapi dinasihatkan mengurangkan pengambilannya.
Makanan yang perlu dikurang atau dielakkan
1. Daging merah
Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid,
diet daging bersifat asid sangat tinggi.
Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon
dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser.
Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun
bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.
2. Gula
Gula adalah ‘hayat kanser’. Dengan mengurangkan pengambilan
gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.
Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu
tergolong di dalam makanan bersifat alkali.
Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di
pasaran, namun kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan
atau lebih buruk daripada gula.
3. Garam
Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia
untuk membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam
laut.
4. Makanan laut cengkerang
Kebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan
kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan
kanser.
5. Kopi, teh, coklat
Ketiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi.
Kafein mengandungi kandungan asid tinggi.
Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan
meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia
di dalam air memasuki tubuh.
6. Makanan cuka tinggi
Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.
7. Makanan berminyak
Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng.
Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.
8. Hindari alkohol
Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang
kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman
yang mengandungi alkohol dan memabukkan.
9. Makanan kandungan lemak tinggi
Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan
seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan
penyakit.
Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat
kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang kurang
selera makan.
Kadangkala pesakit dijangkiti penyakit ulser di dalam mulut
dan lidah menyebabkan rasa sakit menelan atau mengunyah.
Kadangkala ubat kemoterapi boleh menghilangkan selera makan.
Semasa menjalani kemoterapi, pesakit berasa penat dan emosi mereka lebih
tertekan.
Hilang selera makan boleh berlarutan sehingga berminggu atau
berbulan. Adalah mustahak pesakit kanser memaksa diri untuk makan meskipun
tidak ada selera.
Apabila makan, badan menjadi kuat untuk melawan jangkitan
kuman dan membaiki tisu tubuh yang rosak akibat rawatan kemoterapi.
Kesimpulannya pesakit kanser perlu menyedari kepentingan
diet seimbang. Ini untuk mengawal pembiakan sel kanser di dalam badan pesakit.
Jika pesakit mengamalkan diet yang sama seperti sebelumnya,
ini akan membahayakan.
Ini kerana bila seseorang menghidap kanser, mereka perlu
menukar cara pemakanan dengan mengambil diet lebih bersifat alkali seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengurangkan diet berasid.
Selain pemakanan seimbang, pesakit kanser mesti mengamalkan
cara hidup sihat iaitu memastikan waktu tidur dan rehat mencukupi, serta
mengawal tekanan emosi dan stres, perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan
melakukan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bila hati dan jiwa kita dekat dengan Allah, hati lebih
tenteram dan datang rasa reda kepada Allah atas penyakit yang dihadapi.
Nabi Muhammad bersabda “Berubatlah kamu dengan dua perkara –
madu dan al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Madu adalah ubat segala penyakit tetapi dengan syarat tidak
menjadikan madu atau ubat sebagai pegangan menyebabkan kita sembuh, itu adalah
dengan keizinan Allah semata-mata untuk menyembuhkan kita.
Jadi di sini wajar pesakit kanser mengamalkan sunah Nabi
iaitu dengan menggantikan pengambilan gula dengan madu kerana sifat alkalinya
yang tinggi.
Kajian saintis barat menunjukkan madu sebagai satu
alternatif sihat mengganti gula.
Disebutkan dalam hadis Abu Dzar bahawa Nabi bersabda tentang
air zamzam “Sesungguhnya air zamzam itu penuh berkat, sesungguhnya ia makanan
yang mengenyangkan”.
Abu Daud Ath-Thayalisi menambah dalam musnadnya “Dan
penyembuh penyakit”. (Hadis Riwayat Muslim).
Di dalam proses penyembuhan penyakit kanser digalakkan agar
pesakit meminum air zamzam sebanyak mungkin.
Nabi Muhammad SAW bersabda “perut adalah tempat bermula
pelbagai penyakit” (Hadis Riwayat Muslim).
Jadi di sini memang wajar umat Islam mengambil berat tentang
jenis makanan dan diet yang diambil setiap hari agar tubuh kita sihat dan dapat
menikmati kualiti hidup.
Nabi SAW bersabda “Seorang mukmin yang sihat itu lebih baik
dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah….” (Hadis
Riwayat Muslim).
Kita sebagai seorang mukmin wajib menjaga kesihatan agar
menjadi seorang yang sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup
sihat.
Sumber: Blog Maklumat Kesihatan - by CAHAYA PURNAMA
Posted by: Ana Solehahdunia Ilhamku ~ 22 Oktober 2013, 8:20am.
0 comments