Assalamualaikum & salam sejahtera.
Malam ni Ana nak tunjuk kat korang hadiah yang Ana dapat untuk raya ni...
Cuba teka, apa dia??
Kalau korang nak tahu Ana dapat hadiah tudung...hehehe...
so sweet...patut lah macam malas nak beli tudung raya ni...
sekali dapat sampai dua...hahaha
eiieee...merahnye...
walaupun kita jarang-jarang beli kaler merah macam ni tapi...
Alhamdulillah...kalau orang dah bagi, ambik jer kan...hehehe
P/S: Yang satu lagi tak sempat nak snap picture dia...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Tetiba hari ni macam bersemangat nak buat cookies.
Hari ni baru berkesempatan nak buat...
Hari ni baru berkesempatan nak buat...
Dalam banyak-banyak cookies, ni lah satu-satunya my favourite...
Tengok gambar dia yang menggoda ni. Dicampur badam dan chocolate chips.
Raya tahun ni, buat lambat sikit. Macam tahun lepas, dah elok-elok buat tetiba belum lagi raya...dah habiss.
Kenalah buat balik. Kalau nak tahu ni kerja adik...setiap kali berbuka, mesti ambik sepiring makan.
huhuhu...
Chocolate Chips & Almond Cookies
Bahan-bahan A (satukan dalam mixer bowl):
1 biji telur
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
1 cawan butter
(gunakan pure butter)
butter dilembutkan suhu bilik
1 cawan minyak jagung
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar esen vanilla
Bahan-bahan B (satukan semua):
4 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan walnut cincang yang dipanggang (badam pun boleh)
2 cawan choc chips
1) Pukul bahan A hingga kembang
2) Bila dah kembang, satukan dengan Bahan-bahan B.....
3) kaup balik gunakan senduk kayu/spatula sehingga menjadi doh....
kemudian rehatkan adunan 1 jam-2 jam dalam fridge
(bagi mengelakkan adunan anda cair ketika dibentukkan)
kemudian rehatkan adunan 1 jam-2 jam dalam fridge
(bagi mengelakkan adunan anda cair ketika dibentukkan)
lebih elok perapkan semalaman anda akan dapat cookies yang rangup
4) bulat-bulatkan doh tadi kemudian tekan menggunakan garpu...
5) Bakar pada suhu 180 celsius selama 15-20 minit bergantung pada oven...
jangan risau kalau keluarkan dia macam lembik sikit sebab
bila dia sejuk nanti dia akan mengeras dengan sendiri...
yang ni kaler dia agak gelap sikit sebab dicampur koko
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B (gaul rata)
230 g tepung gandum +
20 g serbuk koko ayakkan
100 g coklat chips
50 g white coklat chips (boleh gantikan dgn coklat rice)
50 g badam cincang (roasted)
50 g nestum
Cara:
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
* waktu nak sudukan adunan tu, jangan sudukan besar-besar sangat
coz adunan ni nanti mengembang apabila dibakar. Kecik-kecik cukup...
coz adunan ni nanti mengembang apabila dibakar. Kecik-kecik cukup...
P/S: Buat dua sekali sebab jimat masa...ada yang nak perasa Ori, ada yang nak perasa koko...
haihh...macam-macam...
haihh...macam-macam...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Antara cookies pilihan sekeluarga.
Tart Nenas
Mula-mula buat inti dia:
2 kg Nenas (2 biji)
parut nenas guna penyagat
sejatkan air nenas tu
masukkan pula 1/2 kilo gula pasir
letak sedikit pewarna kuning
Cara-caranya:
Masak kesemua bahan dalam periuk dengan api perlahan.
Nak lagi mudah masak dalam rice cooker tapi sewaktu menyejat nenas, air dia jangan terlalu kering.
masak seperti biasa.
*bulat-bulatkan jem supaya senang digunakan nanti.
Bancuhan doh:
Bahan A:
1 kg tepung gandum
630 gm Butter pada suhu bilik
Bahan B:
4 biji kuning telur
1 biji putih telur
2 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
Cara-cara:
Masukkan bahan2 B ke dalam bahan A.
Uli dengan menggunakan tangan sehingga menjadi doh.
Ambil sedikit doh dan leperkan.
Masukkan jem ditangah-tengah.
Tutup semula doh dan bulat2kan ia supaya tertutup rapat dan kemas.
Bentukkan ia menjadi lonjong.
Gunting permukaan doh tetapi jangan putus menjadi bentuk segitiga.
Cucuk bunga cengkih untuk dijadikan tangkai...
kemudian sapu kuning telur kat atasnya...
Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 celsius selama 30-40 minit.
Kalau korang nak tahu, bentuk tajam-tajam tu dibuat dengan gunting.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari tu beli conflakes 2 kotak...jadi ada tinggal 1 kotak lagi yang belum guna...
so, dengan rajinnya buka resepi dan mulalah membuat biskut seperti di bawah...
Masa nak buat, cari kismis tinggal sikit, so gunakan apa yang ada jer..
separuh dapat macam ni dan separuh lagi tak ada kismis...hahaha
bancuhan ni agak lembik sedikit...tapi usah risau kerana apabila dikeluarkan dari oven,
bila dah sejuk kan,
nanti dia akan keras ngan sendirinya....
Bahan-bahannya:
125gm butter - kalau guna buttercup 1 buku boleh dapat 2 bancuhan
140gm brown sugar - yang halus dalam peket
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur - suhu bilik
275gm tepung naik sendiri
170gm kismis hitam
80gm conflakes - separuh hancur
Cara Membuatnya:
Panaskan oven 180C.
Lapik loyang dengan kertas minyak.
Pukul butter, gula dan esen vanilla.
Masukkan telur one by one.
Masukkan tepung dan kismis.
Bulatkan bancuhan dengan sudu dan
salutkan dengan conflakes hancur tadi.
Jarak-jarakkan antara satu sama lain
kerana biskut ini mengembang.
Bakar selama 25 minit.
Angkat dan sejukkan.
*Pastikan butter dikeluarkan dulu dari freezer
Recipe by Kerrie Sun
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Alhamdulillah..kad
yang comel ni dah pun sampai...
Inilah
kad raya pertama diterima...last time terima kad raya ni masa sekolah dulu-dulu...
This card fly from JB to Ipoh...jauh tu, buat susah2
jer...hehehe
Mungkin tak bersedia dengan kad sendiri, maka tak dapatlah
Ana membalasnya yea Sis...
In Shaa Allah jika ada umur yang panjang, maybe next year
baru boleh balas...
P/S: Selamat hari raya diucapkan pada sis mialiana sekeluarga...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Ini cookies yang wajib ada tiap-tiap tahun jugak. Ada masa sebelum berbuka ni
sempat lagi membuat biskut ni...Lepas siap boleh mula memasak untuk berbuka pula.
Biskut ni tak susah membuatnya, sekiranya tak sempat nak habiskan membakarnya...bolehlah dibungkus dengan plastik dan disimpan dalam peti sejuk, ada masa bolehlah disambung membakarnya lagi...
Ini cookies yang wajib ada tiap-tiap tahun jugak. Ada masa sebelum berbuka ni
sempat lagi membuat biskut ni...Lepas siap boleh mula memasak untuk berbuka pula.
Biskut ni tak susah membuatnya, sekiranya tak sempat nak habiskan membakarnya...bolehlah dibungkus dengan plastik dan disimpan dalam peti sejuk, ada masa bolehlah disambung membakarnya lagi...
KACANG MAZOLA
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
1/2 kg gula halus
1/2 kg gula halus
1/2 kg kacang tanah - goreng tanpa minyak - kisar halus
Minyak mazola secukupnya
1 biji kuning telur - untuk disapu
Kacang tanah untuk hiasan
Cara-cara:
Satukan kesemua bahan dan dikacau rata.
Tuang minyak mazola sedikit-sedikit sambil menggaul adunan tadi hingga menjadi
doh yang boleh dikepal, kalau kurang boleh tambah lagi.
doh yang boleh dikepal, kalau kurang boleh tambah lagi.
Ambil adunan dalam 10 gm, bulat-bulatkan seperti guli, tekan sedikit atasnya dan
susun dalam dulang pembakar yg dilenser dengan sedikit butter.
susun dalam dulang pembakar yg dilenser dengan sedikit butter.
Hias dengan kacang tanah, tekan sedikit lagi dan sapu sedikit kuning telur.
Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 25 minit, bergantung pada oven masing2.
Bila masak, biarkn biskut atas dulang sehingga suam, baru dialihkan atas jaringan.
Biskut agak rapuh masa baru dikeluarkan dari oven.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
P/S: Don't change yourself to win someone's heart.
Stay true and you'll find someone who likes you for being you.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Korang buat apa yea? awalnya...online...hahaha...
Korang nak dengar satu cerita tak?
Cerita ni Ana terbaca di mana pun Ana dah lupa...
tapi sangat-sangat menarik dan macam serupa pulak...hahaha
tapi mari kita hayatinya yea...ceritanya. Untuk penulis asal...terima kasih untuk sebuah cerita yang benar-benar menarik ni...
Aku selalu merasakan perjalanan hidupku tidak seindah orang lain kerana mereka mempunyai insan tersayang yang sentiasa berada di sisi, mempunyai teman untuk berkongsi segala suka dan duka, mempunyai bahu untuk disandarkan segala kedukaan dan insan itulah yang dipanggil kekasih hati. Tapi selama dua puluh tahun aku hidup, belum pernah sekali aku merasa bagaimana rasanya jatuh cinta.
Aku ingin sekali merasakan nikmatnya berada di dalam hangatnya alam percintaan dan mungkin aku akan dikatakan gila kerana aku juga ingin merasakan betapa sakitnya bila dilukai atau dikecewakan. Aku ingin merasakan semua itu dan pada rakan–rakan kulah aku meluahkan semua itu dan mereka berharap suatu hari nanti aku akan merasakan sakitnya bila dilukai itu sehingga aku tak mampu bukakan hati ku buat insan lain tetapi aku tahu mereka hanya bergurau. Mana mungkin mereka mendoakan ketidak bahagiaan buatku. Bagaimanapun, masih terselit perasaan ingin dilukai itu walaupun sedikit. It’s sound crazy,right?
4 tahun dulu . . .
Aku pernah menerima proposal dari kawan baik lelaki aku, Firdaus(bukan nama sebenar) masa di alam persekolahan lagi untuk dijadikan girlfriend dia. Aku masih ingat lagi, masa itu kami sibuk dengan peperiksaan SPM dan aku tanpa berfikir panjang terus menerima Firdaus sebagai boyfriend walaupun tanpa sekelumit perasaan sayang atau cinta padanya. Iyelah, nama pun pelajar sekolah lagi, apalah yang aku tahu sangat pasal cinta ini. Yang aku tahu tak ade boyfriend nanti dianggap tidak laku dan mungkin itu lah sebabnya aku terima lelaki tersebut.
Aku tahu Firdaus amat sayangkan aku dan rakan–rakan aku juga nampak betapa dalamnya sayangnya padaku. Tapi sayang, aku tak hargai semua itu. Aku dah cuba untuk pupuk perasaan sayang itu tapi tidak boleh. Sebabnya hanya satu he is my bestfriend. Perasaan itu tak boleh berubah dari kawan baik kepada kekasih hati. Disebabkan itu, aku abaikan semua mesej yang dia hantar. Malah aku tak pick up pun call dari dia. Dia pernah tanya sama ada aku ni sayangkan dia atau tak. Hanya satu je jawapan aku,”Of course lah aku sayang, kau kan kawan aku.” Disebabkan dia terasa dengan layanan aku yang dingin yang seolah–olah hanya nak mempermainkan dia, dia mula hilang fokus terhadap SPM dan hasilnya dia mendapat keputusan yang teruk di dalam SPM sedangkan aku mendapat keputusan yang cemerlang dan langsung tidak berpaling padanya semasa mengambil result SPM seolah–olah dia tak pernah wujud. Kejamkan aku ni!
Setahun kemudian . . .
Akhirnya,aku mendapat tawaran kemasukan ke salah satu universiti yang terkemuka sedangkan dia dikhabarkan tidak mendapat sebarang tawaran. Sepanjang aku berada di U, aku tak pernah berhubung dengannya melainkan hanya bila aku bosan. Aku tahu dia terluka dengan perangai aku yang hanya mencarinya bila aku berada di dalam kebosanan dan akhirnya aku kenalkan dia dengan salah seorang rakan ku yang sama–sama belajar, Fauziah (bukan nama sebenar). Fauziah merupakan kawan aku yang paling friendly tak kira lah dia berada di mana sekalipun, Dengan mudahnya dia berkenalan dengan semua orang. Sikapnya itu jauh berbeza dengan sikapku yang dicop sebagai seorang yang sombong. Hakikatnya yang sebenar aku adalah seorang yang pemalu dan pendiam jadi aku tidak berapa pandai nak bergaul dengan orang lain. Tapi sikapku berbeza bila aku bersama dengan mereka yang rapat denganku.
Okay back to story of Firdaus dan Fauziah. Pada mulanya aku ingatkan perkenalan mereka biasa–biasa sahaja tetapi sehingga sekarang mereka masih berhubung lagi dan Fauziah langsung tak bercerita satu apa pun mengenai sejauh mana hubungannya dengan Firdaus sehinggalah hari tu, Firdaus call aku ditengah–tengah pagi dalam pukul satu semata–mata nak tanya pasal Fauziah; sama ada budak itu okay atau tidak untuk dijadikan suri hatinya atau dengan lebih mudah dia ingin serius dalam hubungannya dengan Fauziah. Dia bertanya pada aku adakah aku jealous atau tak. Oh pleassssee, tak kuasa mak, nyah oi. Fauziah pula baru nak buka cerita pasal hubungan dia dengan Firdaus dan menerangkan pada aku sebab sebenar dia tak buka cerita selama ni. Selama ni dia beranggapan yang aku masih sukakan Firdaus dan sebab tu lah dia tak nak aku jealous jadi dirahsiakan semuanya dari pengetahuan aku sedangkan aku tidak mempunyai sebarang perasaan pun dekat mamat tu. Sekarang ni Fauziah berani cerita semua kat aku sebab dia tahu yang aku crush kat orang lain, Amir (bukan nama sebenar) yang lebih mempunyai ciri–ciri lelaki idaman aku.
Aku tak kisah sebenarnya kalau diorang nak couple pun tetapi aku kenal Fauziah tu. Baik buruk dia semua aku tahu. Bukanlah aku nak kutuk kawan aku sendiri tetapi aku tak rasa perasaan Fauziah terhadap Firdaus sama seperti apa yang Firdaus rasakan sebab Fauziah ni hatinya cuma untuk seseorang yang dah lama tinggalkan dia. Dia masih lagi terkenangkan orang tu dan kalau boleh aku tak nak apa yang aku buat kat Firdaus tu berulang lagi. Rasanya dah cukup Firadaus makan hati dengan sikapku dulu dan aku tak nak tambah lagi kelukaan tersebut dengan sikap kawan aku pula. Kekadang aku terfikir kenapa aku perlu risaukan hubungan diorang sedangkan aku berani jamin aku tak de langsung perasaan cemburu tu. Mungkin sebab aku nak tebus perasaan bersalah aku kepada Firdaus dan dia deserve someone yang lagi better daripada aku dan Fauziah. Walau apapun, aku tetap mendoakan yang terbaik buat keduanya.
*Untuk para wanita yang masih single di luar sana, tidak perlulah rendahkan maruah anda semata–mata untuk menarik perhatian lelaki kerana ada seorang insan yang sangat istimewa untuk anda yang dijanjikan Allah. Allah menjaga kita dengan membuatkan kita tidak berapa jadi perhatian lelaki kerana Dia tak nak kita ternoda, jadi teruskan lah menjaga maruah diri kerana maruah diri kita itu sangat mahal harganya. In Shaa Allah, ada kebahagiaan buat kita.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Siap satu jenis hari ni ... esok sambung yang lain pulak ...
semua bahan di atas kecuali tepung
Siap satu jenis hari ni ... esok sambung yang lain pulak ...
semua bahan di atas kecuali tepung
cantik tak? rasa dia perghh...sedap tau...
Conflakes Chocolate
Bahan-bahannya:
Bahan-bahannya:
375 gm cornflakes - 1 kotak
200 gm coklat masakan - 1 keping besar
1 sudu minyak jagung - sebagai pengilat coklat
gula manis untuk hiasan
paper cups kecil secukupnya
Cara-cara:
Masak coklat guna teknik double boil. Bila dah hampir cair, masukkan minyak jagung. Kacau sebati dan biarkan coklat benar-benar cair. Ramas cornflakes, jangan terlalu hancur. Campurkan ke dalam coklat yang dicairkan tadi. Gaul sebati dan isi dalam paper cups. Buat kena cepat. Taburkan dengan gula hiasan. Biarkan seketika sehingga coklat mengeras.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Thanks to nuffnang...
P/S: Iklan baru muncul lagi....thanks pada korang yang tak jemu-jemu mengklik yea...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Salam Aidilfitri untuk korang semua..muah..muah..muah..
Klik banner untuk join
Tarikh tutup Raya Kedua
Tarikh umum pemenang Raya Kelima
PUISI DI AIDILFITRI
Di pagi yang hening
terdengar suara takbir
mendayu-dayu sarat dengan keinsafan
sarat dengan kerinduan
Ku kuak jendela....
ku rasa angin pagi....
dinginnya....sedingin hati ini
ku layarkan pandanganku ke langit....
hari ini 1 SYAWAL
Di pagi yang hening
ku rasa seperti pagi yang lain
tiada apa yang lain
udaranya masih sama
Ku lihat di jendela..
ku terkenang seseorang...
ku tercari-cari wajahnya
di pelusuk rumah...
namun tiada ku jumpa...
Derap langkah kakiku
melihat keluargaku
baru ku sedar
insan yang ku sayangi
tiada di sisi ku
Mataku merenung ke pusara...
air mataku berhamburan
bagai tangisan tiada hujungnya
ku renung lagi
Hijab dunia tidak akan terbuka
pabila roh berpisah jasad
tiada mungkin bercantum kembali
tinggallah nenda di makam abadi
Ku hadiahkannya Al-Fatihah
ku kalungkannya doa
ku siraminya air mawar...
mewangi seharum kasturi
walau hanya kemboja putih yang ada
P/S: Laungan takbir masih bergema,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun di pinta di hari mulia,
Maaf zahir batin dipinta.
Selamat Hari Raya.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Jom tengok cara mengenakan brooch di tudung bawal...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
P/S: Cara pemakaian ringkas dan kemas.
Menu hari ini...resepi yang sangat ringkas...
Sambal tumis petai dan gulai ikan masin...
berbuka petang ni bersama family, pakcik2, makcik2 dan sepupu-sepupu tercenta....
berbuka di rumah Atuk, lokasi dirahsiakan demi privacy...hehehe
jurugambar pro atau amatur tak dibenarkan...
Masa...anytime selepas azan...sampai ke tengah malam...
syarat wajib bagi yang mampu...lepas makan kena solat tarawih...
bagi perempuan, sebelum balik kena cuci pinggan mangkuk dulu...
Panjang tak syarat-syaratnya?? hehehe
biasalah kalau dah berkumpul, masing-masing bila dah kenyang...
membawa haluan sendiri...
Jom kita intai resepi tadi
GULAI IKAN MASIN
Bahan A
Beberapa tulang dan isi ikan masin (ikan talang/merah)
2 kampit kecil rempah kari ikan
3 - 4 cawan santan
1/2 biji nenas/ 3 biji terung bulat - dipotong kecil
2 biji tomato - dipotong bulat
Bahan Menumis
2 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu makan halba campur
Cara Memasak
Masukkan semua bahan gulai ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
Tumiskan bahan tumis di dalam kuali dengan sedikit minyak hingga wangi.
Tuangkan bahan tumis ke dalam periuk mendidih tadi.
Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar.
Perlahankan api dan kacau perlahan gulai supaya gulai tadi naik minyak.
Angkat.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DAN PETAI
yang ini my request...takmo udang....
Bahan-bahan
Bahan-bahan
Ikan bilis belah dua
Petai dipotong dua
1 mangkuk kecil air asam jawa
2 sudu makan kicap manis
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
Minyak untuk menumis
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Bahan Kisar
20 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang kecil - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
Cara Memasak
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan petai, ikan bilis biar sekejap.
Masukkan pula kicap, gula, air asam jawa dan garam.
Masukkan potongan bawang.
Biar sehingga berminyak baru diangkat.
SAMBIL MASAK JOM DENGAR LAGU
P/S: Lagu asyik-asyik gini jangan hangus sudah...huhu
SAMBIL MASAK JOM DENGAR LAGU
P/S: Lagu asyik-asyik gini jangan hangus sudah...huhu
Assalamualaikum & salam sejahtera.
KEJORAKU BERSATU
Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam
Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu
Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia
Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas
Dari genggamanku
Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu
Lirik: Sumber
Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.
tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Korang buat apa pagi-pagi ni yea...
korang tak ada benda nak buat?
Apabila kebosanan melanda macam Ana ni,
pandai pulak buat-buat sibuk...huhuhu
Kemas tempat buku....terjumpa banyak betul buku-buku komik...
Komik ni kan sah adik yang beli...
sebahagian jer ni...
berkotak-kotak buku komik...
itu cerita pasal buku komik...
kalau cerita pulak tentang buku novel...hahaha
usah cerita lah, penuh bawah katil...
novel cinta, novel tak cinta sampailah ke....
rumah Ana memang banyak buku-buku...
kalau buku-buku agama dan ilmiah, tempat dia special sikit...
simpan dalam almari bersama berbagai majalah...
tapi bukan itu nak diceritakan sebenarnya...
masa berkemas tu jumpa majalah yang ni, dah baca tapi nak baca balik...
majalah ni bersepah-sepah pulak letaknya....
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Al fatihah...
MH17 NAHAS DI UKRAINE.. MALAYSIA SEKALI LAGI DIUJI
Kawasan ditembak
Senarai Krew Anak Kapal MH17
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ni macam malas sedikit nak ke dapur...
Jadi cari resepi kuih yang mudah...
Ana buat buah melaka aje sebab bahan dia semua ada,
Jadi tak payah pergi ke kedai...
nak resepi, pi salin kat bawah ni...
Buah Melaka
1/2 kampit kecil tepung pulut
1/2 sudu kecil kapur makan
Gula melaka
Pewarna hijau
Daun pandan
Sedikit garam
Air secukupnya
Kelapa parut secukupnya
Cara-cara:
Ambil 1/2 cawan air.
Campurkan kapur & pewarna hijau dan dikacau rata.
Tuang dalam bancuhan tepung pulut.
Tambahkan lagi air sehingga bancuhan boleh dibentuk.
Ambil sedikit doh, leperkan dan bubuh potongan gula di tengah-tengah.
Kemudian ditutup dan dibulat-bulatkan.
Panaskan air dalam periuk, masukkan daun pandan.
Bila air dah mendidih, masukkan kuih tadi ke dalam dan direbus.
Bila masak kuih akan timbul.
Angkat kuih tadi dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah dibubuh sedikit garam.
Siap...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Petang ni tak sangka pulak dapat berita mengejutkan....
Sebenarnya memang boleh dikatakan mengejutkan kerana benda yang tak disangka-sangka
menjelma bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal...hehehe
Nak tau tak, tak ada angin tak ada ribut tetiba dapat surat cinta dari jeng..jeng..
Cer teka? hahaha..macam tak percaya pulak sebab dah hampir dilupakan pun benda ni sebab dah lama.
Walaubagaimanapun terima kasihlah kepada yang memberi ini...Kita yang menerima ni rasa bersyukurlah...dapat duit raya.....
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Akhirnya bersahur dengan nasi...
Selamat bersahur...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Dua bungkus bubur lambuk...
P/S: Alhamdulillah...ada yang rajin hantar sampai ke rumah...
Assalamualaikum...
Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, Ainim pun nak juga beri kad raya kepada rakan blogger sekalian. Nak bagi kat semua, tak mampu la pula. Makanya, mereka yang nak terima kad raya daripada Ainim, sudi-sudikanlah join segmen ini ya. Manalah tahu, kalian diantara mereka yang bertuah tu.
Syarat pun simple je:
1. Klik follow blog AinimRashihahb.blogspot.com
2. Like fanpage Blog Ainim Rashihah dan Add Google+ Ainim Suju
3. Buat entri bertajuk : Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"
4. Copy coding yang telah disediakan dibawah dan paste ke dalam ruangan HTML dan publish
5. Tinggalkan URL penyertaan diruangan komen dibawah
6. Segmen akan berakhir pada hari Khamis 17.07.2014
Senarai nama pemenang akan diberitahu pada Khamis malam tu juga. So, kenalah selalu check blog ni ya. All the best semua. ^_^
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Kredit gambar
P/S: Kadangkala kita nak juga merajuk walaupun kita tahu tiada siapa yang sudi memujuk...huhuhu
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Fuhh!! Hari cuti ni kita bercakap soal CINTA.
Apa itu cinta...?
Mengapa ujian cinta itu berat?
Ujian lain tak berat pun...
Sedang mencari hikmah dan akal...
Ini yang Ana jumpa...
Dari pembacaan...
Terlupa siapa penulisnya...
Bagaimanapun tulisan beliau mengagumkan...
Belum pernah baca kata-kata sebaik ini...
Menusuk ke dalam qalbu...
Jom baca...semoga bermanfaat...
Jom baca...semoga bermanfaat...
"mengapa ujian cinta begitu berat"
Cinta itu, orang gelarkan jatuh, kerana apa? kerana apabila kamu dilamun cinta, maka kamu jatuh hati, tetapi yang kita semua tidak sedar, kita juga jatuh kewarasan, jatuh emosi dan jatuh kebijaksanaan. Hakikat cinta itu buatkan kamu jatuh andai tiada tongkat bergelar IMAN. Beratnya cinta, kerana Allah hanya menghalalkan cinta yang halal ikatannya. Allah sayangkan aku, kamu, kita. tapi apa yang kita lakukan sebaliknya? Menabur janji manis, memberi harapan palsu, dan berbahagia dalam cinta yang aku sendiri tidak tahu penghujungnya, bersatukah? atau terputus di tengah jalan. Kuasanya, Allah yang punya...
"mengapa pula cinta ini dihujani airmata, kejamkah cinta?"
Sayangku, cinta ini tersimpannya pada TIGA sudut jasadmu, iaitu akal, hati dan nafsu. Mana yang lebih banyak kita tempatkan? Cinta yang kita deritai sekarang hanyalah letaknya sedikit di hati dan banyak pada nafsu. Tiada ruang untuk akal berkongsi juga pendapatnya tentang cinta. Sayangku, cinta pada dua tempat itu benar-benar menyakitkanmu. Betul. Sangat sakit, seolah aku juga dapat merasakan kesakitan itu. Warasmu hilang, jasadmu terbang melayang entah kemana. Cinta itu seolah-olah dirasakan tamparan setiap detik, tapi tetap kita tadah, kenapa? Bukankah ia sakit.. sakit yang melaburkan airmatamu untuk tujuan itu. Sakit yang meremukkan hati hingga tiada 'rupa' asalnya lagi. Hingga aku dan kamu hilang identiti, hilang percaya, hilang warasnya... kita hilang segala.
"Tapi... aku perlukan cinta...aku rindu insan yang aku cinta.. tolonglah...."
Aku juga begitu. Aku rindukan insan yang aku cinta, dan setiap saat rindu bertamu dan mengetuk hatiku, diutuskan doa, moga Allah melindunginya dan merahmatinya. Serahkan segala kebimbangan dan kegusaran kita, itu semua kerja Allah. Usah masuk campur. Ya. Benar. aku juga manusia yang perlukan cinta, tapi aku menilai cinta itu dengan hadirnya kasih sayang sahabat-sahabat. Kerana itu, cintailah sahabatmu, maka mereka akan mencintaimu. Cintailah ibu bapamu, mereka cintakanmu sebelum kewujudanmu. Cintailah agamamu, agamamu itu mengheretmu mencintai Pemilik agama itu. Aku faham, ya, aku mengerti. Kamu inginkan jawapan cinta kepada si-dia. Ya, cintailah dia seadanya. Cintailah kekurangannya, cintailah kelebihannya, cintailah dirinya dengan menghormatinya sebagai yang tidak halal buatmu. Cintailah sesiapa sahaja...sayangku, kamu tahu bila erti cinta itu bermakna? Saat hatimu terbuka mendengar lafaz "aku terima nikahnya...." itulah cinta sayangku. Itulah cinta yang mampu memimpinmu ke syurga dunia dan akhirat. Saat itu, genggamlah tangannya, peluklah hatinya, jangan sesekali lepaskan. Kamu tidak mampu hidup tanpa cintanya.
Nota Cinta: Ku taburi bunga mewangi..
di sepanjang perjalan ini..
untuk dikau mengerti..
akan rasa ini..
lahir dari hati..
nan suci..
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Tidur lambat....bangun pulak awal...
Bangun sahur..panaskan nasi, lauk...buatkan milo sekali...
Last-last, tak ada yang nak bangun sahur...
Hai...aritu bukan main rajin bangun, kejut terus bangun...
Sebab bola ke? bola dah habis...
Kredit gambar
Biar betul...dapat pahala bangun ni...
Ana minum susu + kurma...dah biasa camni...
Pastu on lappy...nampak big boss n assistant bangun...
25 minit pastu...adik lelaki bangun...tidur balik...
Kemudian my little sister pulak bangun...
Aishh...first time bangun tak sekali...
Makan sahur asing-asing...
Tak kisahlah janji bangun...
Penat kak long panaskan apa yang patut tadi...
Pasni nak buat apa yea...pagi esok cuti...
Yeayy...yeayy...yeayy...hahaha
Kita nak tunjuk korang yang ni sebenarnya...
Jom kita doa sama-sama...
"Bila kesabaran pecah,
Jangan sampai berdarah,
Selagi boleh, bertahanlah…"
YA ALLAH…
Berikan aku sepasang mata
Yang mampu melihat
Kebaikan orang lain,
Sekeping hati
yang mampu
memaafkan kesalahan,
minda yang mampu
melupakan kepahitan
dan jiwa yang
tak pernah rapuh imannya…
Aamiin
P/S: Jadilah aku penunggu setia...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Pada zaman era moden ini, amalan kirim-mengirim kad raya tidak dilupakan. Walaupun zaman sekarang orang ramai lebih gemar mengirim balas ucapan Hari Raya menggunaan pesanan ringkas SMS, WhatsApp dan sebagainya, kad raya masih antara yang the best. Hehe
Oleh itu, satu Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah diadakan. Bermula hari ini 13hb July dan berakhir pada 20hb July jam 12 tengah hari. Sesiapa yang nak kad raya, dijemput untuk sertai.
Syarat-syarat:
1. Follow blog Bila Jari Mula Menaip, add to circle G+ EkaTikah.
3. Buat entri bertajuk Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah.
4. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
5. Tinggalkan URL entri di ruangan komen entri ini.
Pilihan Pemenang:
1. 20 orang pemenang akan dipilih menggunakan Ramdom.org.
2. Pemenang akan diumumkan sama tarikh tamat penyertaan.
Selamat menjoinkan diri
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hai...korang belum tidur lagi?? Kita geng lah kalau macam ni. Nak jadi apa entah kan...hehehe.
Susah sangat tidurnya...
Kalau nak kata makan terlampau waktu berbuka, tak jugak sebab nasi berbuka masih cukup untuk bersahur...hahaha...
Sambil minum air suam ni, Ana ada nak tunjuk kat korang. Ni kat bawah ni, ada kata-kata yang Ana dapat dari seorang kawan baik Ana.
Setakat mana kebenaran kata-kata ni tak tahulah sebab belum lagi mengalaminya.
Buat anda yang dah mengalaminya mesti ada jawapan kan..yea dak??
P/S: Dari pemerhatian Ana kan, mak tak pernah pun marah ayah....cuma cakap elok-elok kalau ada yang tak berkenan tu...marah bagaimana agaknya maksud kata-kata ni.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Klik banner untuk join
Ucapan untuk ibu tersayang...
"Mama...you are my World"
Puisi Untuk Mama
Mama..
Kau adalah wanita yang telah melahirkanku
Merawatku, membesarkanku dan mendidikku
Hingga diriku menjadi dewasa
Mama..
Kau adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
Tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
Tatkala perutku terasa lapar dan haus
Tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam hari
Mama..
Kau adalah wanita yang penuh perhatian
Bila aku sakit,
Bila aku terjatuh,
Bila aku menangis,
Dan bila aku kesepian
Mama..
Telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
Terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
Terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
Terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
Terdapat sinar kelelahan kerana aku
Aku yang selalu menyusahkanmu
Aku yang selalu merampas perhatianmu
Aku yang telah menghabiskan air susumu
Aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu
Mama..
Engkau menangis kerana aku
Engkau sedih kerana aku
Engkau menderita kerana aku
Engkau kurus kerana aku..(yg ni tak pasti..hehe)
Engkau korbankan segalanya untuk aku
Mama..
Jasamu tiada pernah terbalas
Jasamu tiada pernah terbeli
Jasamu tiada pernah berakhir
Jasamu tiada tara
Jasamu terlukis indah di dalam syurga
Mama..
Hanya doa yang mampu kupersembahkan untukmu
Kerana jasamu tiada pernah terbalas oleh apapun.
P/S: Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.