Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ni rasa macam nak makan kek coklat...ermm...
Resepi Kek Coklat
Bahan-bahannya:
1 3/4 cawan tepung kek
3/4 cawan serbuk milo
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
1 sudu teh garam
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan air panas
Cara-caranya:
Panaskan oven pada suhu 180c. Lapik acuan dengan kertas minyak.
Ketepikan. Campurkan tepung kek, milo, baking powder, baking soda, susu tepung,
gula dan garam. Gunakan senduk kayu untuk menggaul bahan.
Di dalam mixer masukkan telur, minyak & esen vanilla. Pukul
pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan campuran tepung tadi. Terakhir masukkan air panas &
dikacau sebentar. Pada ketika ini adunan menjadi cair. Jangan risau
kerana memang begitu keadaannya. Tuangkan ke dalam acuan & bakar
selama 45 - 50 minit.
* Selepas sejuk bolehlah dihiaskan dengan topping.
Disediakan oleh Ana Solehah