POPIA GORENG MUDAH & SUPER SEDAP!

Tuesday, June 21, 2016

 Assalamualaikum & salam sejahtera.



Part Pertama!
Dalam banyak-banyak kuih, popia lah antara kuih yang paling mudah disediakan. Meh Ana STORI sikit...

Kalau teringin nak makan popia untuk berbuka petang karang, baik la korang buat sendiri, selain jimat korang boleh letak inti yang pelbagai dalam tu. Kalau nak sedap lagi, korang boleh letak isi ketam, isi ayam ke... mesti lagi kaw-kaw rasa dia!

Kulit popia korang boleh beli di kedai FROZEN dan kulit popia tu ada berbagai jenis. So far Ana suka guna kulit popia seperti dalam gambar, nanti korang tengok gambar naa... Jenis ni lembut dan senang nak gulung.
Sangat simple buat dia, korang cuma perlu buat inti dia jer dulu. Untuk inti kalau nak lagi senang, korang siapkan dulu macam Ana dah siapkan malam tadi dan simpan dalam peti sejuk, bila nak buat petang nanti, just ambik jer... senang!... Hamboii! semua nak yang senang-senang jer kan korang ni. 

Jadi bila balik jer dari kerja petang nanti, terus Ana keluarkan kulit popia dan intinya... Sementara kulit popia tu nak melembutkan diri... hehehe dan senang ditarik kulit dia jadi berkeping-keping, boleh la korang nak mandi ke apa dulu... 

Ana percaya korang pun suka makan popia goreng kan, cumanya malas nak buat jer... hahaha. Korang suka popia yang mana satu, yang garing ke? Ana suka yang sesangat garing, giteww...

Al right!... kita cerita bab kapel dia pulak.
Okey, kapel paling cun kepada popia ni tadi mesti la sos pencicah yang sedap... cukup rasa pedas manisnya, kalau makan sure ler terpejam punya mata korang... hehehe. 
Bila dah jumpa kapel secocok dia tadi, part paling best ialah waktu scene menggigit pulak, krup krap krup krap bunyi dia... hahaha. Haipp! korang jangan memacam yer. Karang batal puasa tu...



 Part Kedua!

Ana memang selalu buat sendiri dan takkan beli punya sebab selalu terkena popia yang inti dia hangus, pahit terutama yang dorang bubuh sayur taugeh tu. Cukup tak berkenan kome tau dak!

Sambal pencicah pulak, terpulang korang nak buat macamana... kalau malas just beli yang ready made. Ana dah sediakan sos pencicah tu siap-siap malam tadi, jadi senang sikit.

Jom cekidaut bahan-bahan yang digunakan.


 RESEPI POPIA GORENG


 Maaf yer kome-kome semue! kaler dia dah dekat nak same dengan kayu arang, kate kawan teman ler! Sampai nye hati deme, buat udah ler malaih! huhuhu...
tapi usah riso, don't judge the kuih by it's kulit erk..
.

 
Contoh kulit popia segera


Bahan-bahan: 

1 paket kulit popia ( Ana guna 10 keping saja, selebihnya disimpan ) 
1 biji sengkuang sederhana besar
1 batang carrot sederhana besar 
1 mangkuk kecil udang kering - ditumbuk 
1 biji bawang besar - ditumbuk 
1 sudu teh lada sulah - ditumbuk (optional) 
1 sudu makan sos tiram 
 2 biji telur 
Sedikit minyak untuk menumis 

* Ana tak letak garam sebab udang kering & sos tiram dah cukup masin. 
Jangan masin-masin, tak elok tau...!! 
* Semua sayuran dipotong memanjang

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi. 
2. Masukkan sengkuang dan karot. 
3. Masuk sos tiram dan lada sulah. 
4. Masak hingga sayuran sedikit layu. 
5. Pecahkan telur & kacau hingga rata. 
6. Toskan sayuran jika berair. 


Cara Menghidang:
 Bubuh inti atas sekeping kulit popia, gulung kemas-kemas dan sapu sedikit air pada hujung kulit popia untuk melekatkan.
* Goreng dalam minyak yang panas.
*Hidangkan dengan sambal pencicah.






Sos Pencicah: 

3 sudu besar cili kering kisar 
2 ulas bawang putih - ditumbuk 
1 keping gula melaka 
2 sudu makan cuka 
1 cawan air 
1 sudu makan tepung jagung 
2 sudu makan sos cili
Sedikit garam 
Sedikit minyak 


Cara Menyediakan: 

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. 
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga keluar minyak. 
3. Masuk tepung, air, garam, sos cili, gula melaka dan cuka. 
4. Perlahankan api dan masak sehingga pekat.

* Ana tak letak cuka sebab tak suka masam-masam, jadi sape tak suka sila abaikan.



Selamat mencuba resepi ni untuk berbuka nanti yer sayang-sayang semua!

You Might Also Like

2 comments

  1. Tadi baru beli popia... tngh tunggu nak berbuka ni terbaca pula tajuk ttg popia goreng... mmg best. Slmt berbuka ye... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menjamu selera & bersantai dgn keluarga tercenta! :)

      Delete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe