BAHAGIAN KENTANG YANG BERWARNA KEHIJAUAN TIDAK BOLEH DIMAKAN
Wednesday, April 22, 2015Assalamualaikum & salam sejahtera.
Apa khabar awak-awak semua petang ini yea? Harap korang sihat semuanya. Di sini Ana nak kongsikan sedikit info untuk korang semua, semoga bermanfaat yea...
Pasti semua pernah makan kentang dalam masakan kan? Tapi tahukah korang fakta tentang kentang? Jom kita baca info selanjutnya...
Kentang umumnya berwarna kecoklatan atau kekuningan. Tetapi, biasanya kita juga menjumpai kentang yang di beberapa bahagiannya berwarna hijau yang pekat. Warna kehijauan ini rupanya racun yang tidak boleh dimakan. Warna hijau dalam permukaan kentang itu ternyata sangat berbahaya.
Warna hijau tersebut sebenarnya adalah klorofil. Klorofil ini sebenarnya tak berbahaya. Namun, adanya klorofil di permukaan kentang membuktikan bahawa kentang tersebut telah terkena sinar matahari secara langsung. Kerana bahagian isi kentang yang terkena sinar matahari menjadi tempat di mana racun bernama solanine tertumpu dan sampai di titik berbahaya.
Kajian-kajian saintifik yang menyatakan bahawa kentang hijau mengandungi jumlah yang tinggi solanine iaitu bahan kimia beracun yang boleh menyebabkan cirit-birit, muntah-muntah, loya, sakit kepala dan pelbagai penyakit lain jika diambil dengan tidak sengaja. Jika anda mengambil kentang hijau sebanyak 3 hingga 6 mg per kilogram dari berat badan, solanine ini akan menyebabkan kematian! Gejalanya akan kelihatan selepas 6 hingga 12 jam kemudian, tetapi boleh berlaku beberapa minit jika kandungan racunnya sangat tinggi.
Jadi, sebaiknya simpanlah di tempat yang sejuk dan tempat yang gelap atau bebas cahaya matahari. Kerana kalau tidak, solanine yang sebenarnya adalah bentuk pertahanan si kentang terhadap kulat dan hama akan mencuat keluar. Hal ini juga terjadi jika kentang anda rosak dan lebam, jadi sebaiknya buang kentang yang keadaannya seperti itu.
Menggoreng kentang dengan teknik deep fried dalam suhu yang tinggi akan meminimumkan tahap racun tersebut. Lain halnya jika hanya merebusnya, racun tersebut akan tetap kekal di sana.
Menggoreng kentang dengan teknik deep fried dalam suhu yang tinggi akan meminimumkan tahap racun tersebut. Lain halnya jika hanya merebusnya, racun tersebut akan tetap kekal di sana.
P/S: Jika ingin lebih mudah, cukuplah hanya membuang bahagian hijaunya saja sebelum dimakan.
2 comments
oooo.baru Fida tahu...thanks
ReplyDeleteBegitulah realitinya Fida... :)
Delete